:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menghantar 'debaters' ke Royal Debate Championship 2008 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Gombak yang akan berlangsung pada 28 November - 3 Disember 2008. Seramai lapan orang iaitu dua kumpulan adalah terdiri daripada program Pendidikan Bahasa Arab akan bererentap dalam kategori Bahasa Arab.

Seramai tiga orang exco Persatuan Bahasa Arab terlibat dalam pertandingan debat ini iaitu Mohd Rafa'ie Al Johori dari Lujnah Akademik dan Kerjaya, Siti Hawa Maulad Ahad dan Siti Naquiah bt Mohd Suyut dari Lisan 'Arabi. Kesemua 'debaters' ini diajar dan dilatih oleh Dr Muhamad Najib dan Ustaz Nazri dari Fakulti Bahasa.

Sama-sama kita menyokong dan memberi semangat serta mendoakan kejayaan mereka semua. InsyaAllah.

Oleh جمعية اللغة العربية 11.21.2008

Berikut merupakan beberapa rentetan aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI sepanjang semester ini bagi sesi 1 08/09.

1. Multaqa’ Sanawi
Pada 25 Julai 2008 bersamaan 23 Rejab 1429H, Persatuan Bahasa Arab UPSI telah mengadakan “ Multaqa Sanawi” iaitu Perjumpaan Tahunan bersama ahli persatuan bertempat di Dewan Kuliah K. Majlis yang bermula pada jam 8.40 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam itu telah dihadiri oleh jawatankuasa persatuan berserta ahli lama dan ahli baru persatuan bagi semester tersebut. Antara agenda majlis tersebut ialah ucapan dari presiden persatuan, memperkenalkan jawatankuasa baru iaitu “Lisan A’rabi”, tayangan montaj, pembentangan program yang akan dilaksanakan pada semester tersebut dan sesi soal jawab. Majlis tersebut berakhir dengan sedikit jamuan.

2. Hari Interaksi
Pada 27 Julai 2008 bersamaan 24 Rejab 1429H, satu aktiviti telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar baru Major Bahasa Arab yang mana merupakan pengambilan pertama bermula semester ini. Aktiviti “Hari Interaksi Bersama Pelajar Major Bahasa Arab” ini telah diadakan di Taman Tasik Proton City dan telah disertai seramai 47 orang termasuk 16 orang AJK Persatuan Bahasa Arab. Seawal jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan dengan senaman ringan, sarapan pagi, latihan dalam kumpulan(LDK) dan explorace. Pada jam 1.00 tengahari, aktiviti berakhir dengan sesi bergambar.

3. Bengkel Bahasa Arab
Bagi memberi peluang kepada semua untuk mempelajari dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab, Persatuan Bahasa Arab UPSI telah mengadakan bengkel Bahasa Arab. Bengkel tersebut mula dijalankan pada 28 Mac 2008 dan berterusan pada setiap hari Jumaat jam 5.00 petang bertempat di Tadahan Utara 4A. Bengkel tersebut terbuka kepada ahli persatuan dan kepada semua warga UPSI. Pengisian ataupun modul bengkel tersebut berada pada peringkat sederhana mengikut tahap penerimaan peserta dan terpulang kepada ustaz yang mengendalikan bengkel tersebut.

4. Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR)
Program Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) yang bertemakan “Majulah Syabab Mustaqbal Untuk Agama” merupakan program luar yang pertama bagi Persatuan Bahasa Arab. Seramai 47 orang peserta termasuk juga urusetia yang telah mengikuti program ini. Objektif program yang diadakan selama 3 hari iaitu pada 22-24 Ogos 2008 bertempat di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor adalah untuk memperkenalkan serta menanamkan semangat cintakan bahasa arab, menambah pengetahuan bahasa arab kepada para peserta dan memberi ruang kepada peserta bagi mengaplikasikan pengetahuan bahasa arab bagi yang sememangnya mempunyai pegetahuan dan juga kepada peserta bengkel bahasa arab secara praktikal. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut ialah bengkel nahu dan sorof, lakonan hiwar, tafsir ayat Al-Quran, Black & Hunts, Hikmah Kembara, riadah, Khat, Qiamullail, Wacana dan LDK.

5. Festival Bahasa Arab (FBA)
Pada 26-28 Ogos 2008, Persatuan Bahasa Arab UPSI sekali lagi mengadakan satu program iaitu Festival Bahasa Arab 2008 (FBA 08) bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa dan di sekitar Bangunan Bitarasiswa, UPSI. Program yang bertemakan “Bahasa Arab Sepanjang Zaman” ini adalah bertujuan memartabatkan lagi Bahasa Arab disamping menyedarkan kepada semua tentang penggunaan Bahasa Arab tanpa mengira masa dan ketika. Program yang berlangsung selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar UPSI.

6. Iftar Jam’ie
Pada 18 September 2008, Persatuan Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa iaitu Iftar Jam’ie dimana terbuka kepada semua ahli dan kepada sesiapa yang berminat. Pada jam 6 petang, majlis dimulakan tadarus Al-Quran, tazkirah Ramadahan oleh akhi Rafaie Al-Johori, solat maghrib berjemaah, jamuan, solat isyak & tarawih di surau An-Nur. Pada jam 9.45 malam pula diadakan perjumpaan semua exco di bilik persatuan.

7. Majlis Syura
Pertukaran jawatan daripada pimpinan lama kepada pimpinan baru bertempat di Bilik Interaksi Bitara Siswa pada 23 Oktober 2008 jam 9.00 malam dan dihadiri oleh Penasihat persatuan iaitu Ustaz Khairul Azman.

Oleh جمعية اللغة العربية

السلام عليكم ورحمة وبركاته



Perhatian kepada semua. Majlis berbuka puasa pada 18 September 2008 seperti berikut:



6.00 ptg: Tadarus Al-Quran
6.45 ptg: Tazkirah Ramadhan (Ustaz Rafa'ie)
7.30 mlm: Solat Maghrib berjemaah (Bitarasiswa)
7.45 mlm: Jamuan
8.20 mlm: Solat Isyak & Tarawih (Surau An-Nur)
9.45 mlm: Perjumpaan semua exco persatuan di bilik persatuan (Kehadiran diwajibkan)




“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'.”
[Surah Al-Baqarah: 45]



Sebarang masalah boleh berhubung dengan akhi Hakim (012-9747525) & ukhti Asyitar (013-5051672) & ukhti Nazihah (012--6979182)

Oleh جمعية اللغة العربية 9.17.2008


السلام عليكم ورحمة وبركاته
Selepas program HIPPBAR berlangsung dengan jayanya, PBA terus menyerlah dengan mengadakan satu lagi program iaitu Festival Bahasa Arab 2008 ( FBA 08 ). FBA 08 ini telah diadakan selama tiga hari, bermula pada 26-28 Ogos, bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa, UPSI. Tema yang dipilih bagi menjayakan program ini ialah ‘ Bahasa Arab Sepanjang Zaman’, bertujuan untuk memartabatkan lagi Bahasa Arab disamping menyedarkan semua bahawa Bahasa Arab ialah bahasa yang boleh digunakan setiap masa, tanpa mengira masa dan ketika.


Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Majlis perasmian pada hari pertama diserikan dengan kehadiran Juara AQ3 iaitu saudara Fakhrul Radhi yang dijemput khas untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, persembahan nasyid olah kanak-kanak Taski ABIM Tanjong Malim juga turut menghiburkan. Pada hari pertama, aktiviti utama yang diadakan ialah Taaruf Interaktif dan juga Sharing Moment. Sewaktu Sharing Moment, semua yang terlibat berkesempatan untuk bersemuka dan melihat sendiri wajah orang Arab yang sebenar dan juga berpeluang berkomunikasi secara terbuka dengan mereka. Mereka sebenarnya dijemput khas oleh PBA melalui wakil Al-Diwan iaitu Ustaz Nasser.

Pada hari kedua program diteruskan dengan Kursus Intensif Bahasa Arab dan juga pertandingan pengucapan awam Bahasa Arab. Untuk Kursus Intensif Bahasa Arab, PBA telah menjemput penceramah yang agak terkenal iaitu Dr. Abdul Razak untuk berkongsi ilmu dengan semua. (Dr. Abdul Razak boleh dihubungi melalui http://drarabic.blogspot.com). Bagi pertandingan pengucapan awam pula, PBA telah menjemput Brother Islam daripada Al-Diwan sebagai hakim pertandingan.

Pada hari terakhir pula, terdapat Demonstrasi Khat daripada pelajar Darul Quran, pertandingan khat dan juga Kuiz Bahasa Arab. Majlis penutup yang dirasmikan oleh penasihat PBA sendiri iaitu Tuan Haji Mohamad Khairul Azman Ajuhary tamat pada sekitar jam 4.30 petang. Pihak PBA mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang dapat hadir untuk memeriahkan program ini. Tidak lupa juga kepada semua AJK PBA yang terlibat bagi menjayakan FBA 08 ini. Akhir sekali, pihak PBA memohon maaf di atas semua kekhilafan yang berlaku sepanjang FBA 08 ini berlangsung. Semoga semua kekhilafan ini akan diperbaiki pada masa yang akan datang.

“Bahasa Arab Sepanjang Zaman”












Oleh جمعية اللغة العربية 9.15.2008

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) merupakan program luar yang pertama diadakan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI, setelah hampir dua semester ia ditubuhkan. Program HIPPBAR, yang bertemakan ‘Majulah Syabab Mustaqbal Untuk Agama’ telah diadakan di Pusat Latihan Sri Raudhah, Gombak, Selangor selama tiga hari dua malam, iaitu bermula pada Jumaat (22 Ogos 2008) dan berakhir pada Ahad (24 Ogos 2008). Pada mulanya program ini disertai seramai hampir 70 orang peserta namun demikian ramai peserta yang membatalkan penyertaan mereka pada saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, jumlah akhir peserta dan juga urusetia yang mengikuti program ini adalah seramai 47 orang.



Sepanjang tiga hari program ini diadakan, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Sejajar dengan objektif utama program ini iaitu menambah pengetahuan Bahasa Arab kepada para peserta, menanam semangat cintakan Bahasa Arab dan juga memberi ruang kepada ahli untuk mengaplikasikan Bahasa Arab, aktiviti-aktiviti yang diadakan banyak berfokuskan kepada objektif-objektif ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Bengkel nahu dan sorof, lakonan hiwar dan juga tafsir ayat al-Quran. Mengikut perancangan asal, semua bengkel akan kendalikan oleh Ustaz Khairul Azman iaitu Penasihat Persatuan tetapi terpaksa ditukar pada saat-saat akhir kerana beberapa masalah teknikal dan diganti oleh Saudara Adil Mufti iaitu Presiden Persatuan Bahasa Arab UIA.

Sebenarnya, bengkel-bengkel yang diadakan di sini ialah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan di Upsi, cuma kelebihan yang dapat dilihat di sini ialah para peserta dapat belajar dalam suasana yang berbeza, segar dan lebih santai. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta iaitu Black & Hunts dan juga Hikmah Kembara. Hikmah Kembara boleh dikatakan aktiviti yang paling mencabar kerana para peserta dikehendaki menempuhi pelbagai halangan sebelum sampai ke satu kawasan air terjun yang indah.

Memandangkan HIPPBAR merupakan program luar yang pertama diadakan oleh PBA, maka banyak kelemahan dan kelebihan yang dapat dikongsi bersama oleh semua peserta. Namun demikian, semua pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini akan dijadikan panduan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, HIPPBAR merupakan satu program yang berjaya. Akhir sekali, pihak PBA memohon maaf kepada semua peserta yang terlibat jika ada kekurangan dan kelemahan di pihak kami dan semoga sama-sama kita membaikinya untuk kebaikan masa hadapan.

Wallahu a'lam...





Oleh جمعية اللغة العربية 9.07.2008



السلام عليكم ورحمة وبركاته


Persatuan Bahasa Arab UPSI akan mengadakan satu aktiviti iaitu Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) bertempat di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor. Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) merupakan program yang berbentuk perpaduan pelajar dalam berpersatuan di samping menimba ilmu di dalam suasana yang baru.

Berikut adalah maklumat berkenaan aktiviti tersebut:


Tarikh: 22, 23 dan 24 Julai 2008
Jumlah Peserta: Terhad kepada 53 orang.
Penyertaan: Semua ahli persatuan
Bayaran: RM15
Kemudahan: Makan minum, tempat bermalam disediakan
Aktivit: Wacana, LDK, Bengkel dan Hikmah Kembara


Program ini merupakan kesinambungan kepada bengkel Bahasa Arab yang telah dijalankan bermula 28 Mac 2008. Dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan bahasa, suasana memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan motivasi mereka yang belajar di samping memudahkan penerimaan dan pemprosesan ilmu. Selain itu, memandangkan Persatuan Bahasa Arab baru sahaja ditubuhkan, program ini dilihat mampu memberikan satu jati diri yang kuat kepada ahli bagi meneruskan kesinambungan persatuan agar tidak berhenti untuk memartabatkan Bahasa Arab.

p/s: sebarang pertanyaan boleh hubungi ukhti Nolisa (019-5351055) & akhi Hazim (017-9333493)

Oleh جمعية اللغة العربية 8.08.2008



السلام عليكم ورحمة وبركاته


Pada hari Ahad 27 Julai 2008 bersamaan 24 Rejab 1429H Persatuan Bahasa Arab UPSI telah mengadakan satu aktiviti sempena meraikan pelajar-pelajar baru major Bahasa Arab bertempat di Taman Tasik Proton City. Pelajar-pelajar ini adalah pengambilan yang pertama di UPSI iaitu seramai 37 orang.



Aktiviti ini yang diberi nama 'Hari Interaksi Bersama Pelajar Bahasa Arab' telah disertai seramai 47 orang termasuk 16 orang AJK Persatuan Bahasa Arab. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama dengan pelajar-pelajar baru ini antaranya senaman ringan, sarapan pagi bersama-sama, latihan dalam kumpulan (LDK), explorace dan pada akhir aktiviti tersebut telah diadakan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Di bawah adalah antara gambar sekitar aktiviti tersebut:











p/s: Peserta yang ingin koleksi gambar Hari Interaksi ini boleh minta pada unit penerbitan, akhi Hazim.

Oleh جمعية اللغة العربية 8.07.2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt... Pada 25 Julai 2008 bersamaan 23 Rejab 1429 Hijirian Persatuan Bahasa Arab telah mengadakan satu Multaqa Sanawi iaitu Perjumpaan Tahunan bersama ahli persatuan. Oleh kerana masa Multaqa ini diadakan bertembung dengan Persatuan Pendidikan Islam UPSI, ada antara ahli tidak dapat hadir.


Tepat jam 8.40 malam, majlis bermula dengan dipengerusikan oleh akhi Mohd Nazri b. Abd Latiff. Selepas itu, bacaan doa disempurnakan oleh akhi Mohd Rafaie b Kusnin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dan ucapan selamat datang kepada ahli baru oleh Presiden Persatuan Bahasa Arab iaitu Ukhti Nazihah bt Idris dan selepas itu akhi Mohd Rafaie sekali lagi dijemput untuk memperkenalkan Jawatankuasa baru PBA iaitu Lisan 'Arabi.

Setelah itu, satu tayangan montaj telah dimainkan untuk memperkenalkan Majlis Tertinggi dan juga Ahli Jawatankuasa sesi 2008/09. Juga sepintas lalu berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada semester lepas.

Selepas itu, pembentangan program yang akan dilaksanakan pada semester ini iaitu Arabic Festival oleh akhi Abd Hakim b Azimoha dan Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) oleh akhi Wan Mohd Hazim.

Sebelum berakhir majlis ini, satu sesi soal jawab dan cadangan telah diadakan bertujuan untuk bertukar pendapat sesama ahli. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam beserta sedikit jamuan ringan.

Oleh جمعية اللغة العربية 7.26.2008

Friendly Comparative Religion (FCR) adalah satu seminar yang membincangkan ketiga-tiga agama besar di Malaysia iaitu Islam, Kristian dan Buddha. Seminar ini dianjurkan oleh brother Lim Jooi Soon(Islam) dan Engku Fauzi (Melayu yang menuntut dgn paderi) bertempat di Masjid Darul Ehsan, Ampang. Seminar FCR Fasa 1 akan diadakan pada 9-10 Ogos 2008. Bayaran penyertaan sebanyak rm100. Deposit rm50.


Setelah menghadiri seminar ini anda pasti akan berbangga dengan Islam. Tentatif secara umum: Kewajipan berdakwah kepada bukan Islam, sejarah yahudi n kristian, kepercayaan orang cina, kepercayaan orang India, pendekatan dakwah melalui Quran dan Sains, Bengkel Bible, kepercayaan orang Kristian, pengalaman dakwah setiap panel dan juga sesi soal jawab peserta dengan ahli panel.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ukhti Nazihah 012-6979182

Oleh جمعية اللغة العربية 7.24.2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته

Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, Persatuan Bahasa Arab USPI telah berjaya mengadakan rehlah pada 12 April 2008 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan bertemakan “Akal yang sihat datang dari badan yang cergas. Biarpun penyertaan tidak mencapai sasaran atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, namun semangat ahli persatuan dan juga pelaksana program yang tinggi dan dengan izin Allah swt, semua pengisian yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.


Pelbagai pengisian telah diadakan seperti riadah ringkas, Ukhwah fil jama’ih, sukaneka, explore race sambil menikmati keindahan kawasan tasik Proton City. Ukhwah fil jama’ih misalnya dapat mengeratkan lagi ukhwah antara ahli di mana setiap ahli diminta untuk menerangkan berkenaan diri sendiri dalam Bahasa Arab. Manakala sukaneka untuk release tension dan juga explore race untuk berjalan-jalan di kawasan tersebut disamping untuk menguji penguasaan Bahasa Arab ahli-ahli.

Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli dan AJK persatuan di samping untuk mengurangkan tekanan memandangkan program ini dijalankan setelah 14 minggu kuliah berlalu dan insyaAllah, selepas ini kita bakal berdepan dengan satu lagi ujian Allah swt iaitu imtihan. Jadi diharapkan agar program sebegini menjadi program berterusan untuk persatuan. Akhirul kalam…kepada para pejuang imtihan, ma’a taufik wannajah fil imtihan.












"اَلْعَقْلُ السَّلِِِِيْمُ فِيْ جِسْمِ السَّلِيْمِ"


“Akal yang sihat datang dari badan yang cergas”


Oleh جمعية اللغة العربية 4.03.2008

Pada 15 Mac 2008 yang lalu, Persatuan Bahasa Arab (PBA) UPSI telah menganjurkan program di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab universiti tersebut. Program yang bertemakan 'Ziarah Mahabbah Pemangkin Fikrah' ini disertai seramai 39 ahli persatuan yang terdiri daripada 14 orang ahli jawatankuasa dan 25 orang ahli biasa.


Program ini yang julung-julung kali diadakan di luar UPSI sejak penubuhan persatuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli persatuan dan juga dengan ahli Persatuan Bahasa Arab UIA.
Di samping itu, program ini juga untuk mendedahkan ahli PBA UPSI bagaimana PBA UIA menyusun atur organisasinya.

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak UIA. Bersambung...


Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan:



Oleh جمعية اللغة العربية 3.24.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini