BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
20hb3 2010…lahir seorang bayi yang comel…tapi dibuang seperti sampah….Astaghfirullah100000000x…..BERTAUBATLAH Si Bedebah ibu dan ayah bayi ini…buat2 sampai puas, tahu pulak buat, tapi macam keldai otak si ibu dan si ayah,..Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh petang kelmarin.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
wahai umat islam....kita wajib laksanakan hukum Islam Hudud dan Qisas...Kerana hukum Allah adalah hukum yang menjamin Hamba2nya berada dalam kegelapan ke dalam sinar bercahaya...
yakinlah....ALLAHU A'LAM
wassalam.