:: CARTA ORGANISASI 10/11 ::

PENASIHAT (المشرف)
TUAN HJ MOHD KHAIRUL AZMAN B AJUHARY

PRESIDEN (
رئيس)
WAN MUHAMMAD ADAM B.WAN ABD HALIM

TIMBALAN PRESIDEN (
نائبة رئيس)
MOHD RAFAIE B.KUSNIN

SETIAUSAHA (
سكرتيرة)
NIK MOHD SYAZWAN B.NIK MAT DAUD

TIMBALAN SETIAUSAHA (
نائب سكتير)
NUSRATUNNAJIAH BT MAT ISA

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
SAKINAH BT MAMAT

TIMBALAN BENDAHARI (
نائب امينة الصندوق)
MOHD SYAZWAN B.ZULKIFLI

Salam senergi penuh keberkatan.."BENGKEL TARANNUM AL-QURAN BERSAMA USTAZ NIK AZIZAN MARI BERTARANNUM TV9 DAN USTAZ AZRA'IE ABDUL HAQ"

Tarikh: 6 Mac 2011 (Ahad)
Tempat:BE LEARNING 4
Masa: 8am
...Bayaran: RM5

~Makanan dan sijil disediakan
~terbuka kpd semua dan kehadiran diwajibkan kpd semua ahli Persatuan Bahasa Arab
(sila tinggalkan nama&no matrik anda disini dan pembayaran boleh dibuat pd hari pendaftaran)

Oleh جمعية اللغة العربية 3.01.2011 1 comments

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH: "Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%...."

"...setiap bekas luka di hatiku ini mewakili seseorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu... menyebabkan ketidaksempurnaan, ia kelihatan kasar, tidak rata..."

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments

video

Bulan Febuari 2011, jika diperhatikan ada satu perkara yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan kepadaNya. 14 Febuari yang selalu digembar gemburkan oleh satu golongan sebagai hari kekasih, yang langsung tiada nas atau asal usul atau kaitan dengan Islam, tetapi banyak juga umat Islam terutama remaja yang teruja menanti hari nya.
Walaupun saban tahun ada pihak yang diberi izin oleh Allah untuk mengingatkan umat Islam tentang keharamannya dalam Islam, tetapi tetap juga ianya menjadi satu perkara yang dinanti. dengan memberi berbagai alasan supaya nampak ianya dihalalkan. Valentine’s day – ramai anak-anak muda Islam, kalau yang bukan Islam tidak lah dikisahkan turut membeli bunga atau coklat atau apa-apa hadiah untuk diberikan kepada kekasih, konon sebagai tanda cinta abadi.
Dan ramai juga anak gadis yang dek kerana hari cinta abadi ini tergadai body. Na’uzubillah! Malah dengan adanya kemudahan seperti internet dizaman serba moden dan pantas ini,menjadi medium yang mudah untuk memberi ucapan kepada para kekasih hati, kononya.  Perkara -perkara sebegini senang sangat untuk diikuti dan diingati oleh anak muda islam, tetapi hakikatnya apa yang perlu diingati sebenanrnya, tidak pula begitu.
Selang sehari iaitu 15 Febuari adalah bersamaan 12 Rabi’ul awal 1432 hijrah, kalau ditanya kepada sebahagian anak muda, mungkin ada yang tidak tahu atau lupa apa peristiwa penting pada tarikh tersebut bagi umat Islam. Alhamdulillah, pada peringkat tertentu seperti sekolah, jabatan atau syarikat ada yang membuat sambutan Maulidur rasul S.A.W dengan berbagai cara sama ada ceramah, perarakan dan sebagainya.
Sedikit sebanyak dapat juga memberi peringatan yang berguna kepada umat Islam. Tidak kisah lah dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul itu bid’ah atau apa saja tetapi dengan cara betul jika dilakukan ianya dapat mengimbangi kesesatan yang cuba dijarumkan oleh pihak tertentu kepada generasi muda Islam.
12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia, mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklankan dimedia massa atau apa saja medium.
Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M  hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Entri ini sebagai tazkirah kepada diri saya sendiri kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengmbil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih. InsyaAllah!

Dipetik daripada kelate.net

Oleh جمعية اللغة العربية 2.15.2011 0 comments

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments


pernah satu ketika, sedang Rasulullah s.a.w berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat...tiba-tiba bergenang air mata Baginda...para sahabat gelisah melihat sesuatu yang mereka tak senangi di wajah Rasulullah s.a.w...apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda menyatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai IKHWANnya..

para sahabat merasa irihati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya,'bukankah kami ini IKHWANmu?'....

Rasulullah s.a.w menjawab 'tidak,kamu semua adalah sahabatku..IKHWANku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi beriman dan sangat mencintaiku, aku sangat rindu untuk bertemu mereka'...

KITA KAH IKHWAN ITU..?? muhasabah diri andai kita xpernah setitik pun menitiskan air mata kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w...

SEDALAM MANAKAH CINTA KITA KEPADA RASULULLAH...RENUNGKAN~~TEPUK DADA TANYALAH IMAN...

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments





ikuti 6 lagi sambungannya ye...syukran..

Oleh جمعية اللغة العربية 1.31.2011 0 comments

Usrah Jemaah Anak Muda: Tinta Pejuang Dari Mesir ^_^ - Pelapis Ulama' Ana...: "Assalamualaikum..sahabat2 u-jam , bilakah kali terakhir anda mendapat berita tentang pejuang dan sahabat-sahabat kita dari mesir , benar... ..."

Oleh جمعية اللغة العربية 1.30.2011 0 comments

Usrah Jemaah Anak Muda: C.I.N.T.A: "Manusia diciptakan dengan naluri untuk menyayangi dan mencintai makhluk yang lain. Ia adalah satu sifat semula jadi insan. Satu sifat ..."

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments

Usrah Jemaah Anak Muda: Apakah benar kita berjuang??: "Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi t..."

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments

Usrah Jemaah Anak Muda: Soal Jawab Mengenai COUPLE!!: "SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA? Ya,per..."

Oleh جمعية اللغة العربية 0 comments

video
Salam imtihan buat sahabat-sahabat semua...asif lama tak update blog ni. apa-apa pun semoga berjaya ya semua..ingat!! betolkan niat kita semuanya mesti kerana ALLAH SWT..ingat ya..bersama-sama lah kita ingat-mengingati dengan kesabaran dan kebenaran:-)

Oleh جمعية اللغة العربية 11.21.2010 0 comments


BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.

20hb3 2010…lahir seorang bayi yang comel…tapi dibuang seperti sampah….Astaghfirullah100000000x…..BERTAUBATLAH Si Bedebah ibu dan ayah bayi ini…buat2 sampai puas, tahu pulak buat, tapi macam keldai otak si ibu dan si ayah,..Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh petang kelmarin.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

wahai umat islam....kita wajib laksanakan hukum Islam Hudud dan Qisas...Kerana hukum Allah adalah hukum yang menjamin Hamba2nya berada dalam kegelapan ke dalam sinar bercahaya...
yakinlah....ALLAHU A'LAM
wassalam.

Oleh جمعية اللغة العربية 3.26.2010 0 comments

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

MOGA ALLAHYARHAM DI LETAKKAN DI KALANGAN ORANG YANG SOLEH
AL FATIHAH....

Oleh جمعية اللغة العربية 3.11.2010 1 comments

Oleh جمعية اللغة العربية 1.13.2010 0 comments

PERHATIAN!!!
Sama-sama membantu saudara seagama dengan kita di medan sengsara PALESTIN..

Aman Palestin Berhad

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: +603 89267019
Fax: +603 89259963
e-mail: amanpalestin@yahoo.com
Laman WEB: www.amanpalestin.org

Sebarang sumbangan kewangan disaluran berikut:
Aman Palestin Berhad
(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad:
12029010047880

Maybank Malaysia Berhad:
562263010787

(Dana Sumbangan Pengurusan)
Bank Muamalat Malaysia Berhad :
12070005133717

  • Sebarang sumbangan berbentuk barang yang boleh dijual beli untuk disumbangkan ke dalam tabung Palestin bolehlah menghubungi pejabat untuk mendapat keterangan lanjut.

  • Sebarang MoU, perjanjian-perjanjian, usahasama, kerjasama ke arah penyumbangan yang berbentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harapkan. Segala usaha kebaikan ini hanya Allah yang layak membalasnya.

Oleh جمعية اللغة العربية 12.28.2008 1 comments

Subscribe here

Majlis Perlantikan Saff Kepimpinan Sesi 10/11 (8/10/10)

Majlis Perlantikan Saff Kepimpinan Sesi 10/11 (8/10/10)

Delegasi ke UKM 1/10/10

Delegasi ke UKM 1/10/10

Saff Kepimpinan sesi 10/11

Saff Kepimpinan sesi 10/11

:: Dalam Kenangan 08/09 ::

:: Dalam Kenangan 08/09 ::

:: الحوار ::



Free chat widget @ ShoutMix