:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts


Majlis penyerahan watikah yang berakhir semalam mengesahkan senarai kabinet yang dibentuk sebelum ini meskipun mahasiswa mengharapkan berlaku rombakan untuk kerusi Majlis Tertinggi. Majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Bitarasiswa itu dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan Fakulti, pegawai-pegawai HEP dan semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Majlis bermula pada jam 8.45 malam dengan penyampaian watikah, bacaan ikrar,diikuti dengan ucapan dasar Yang Dipertua MPP dan Naib Canselor. Dalam ucapan dasar Naib Canselor, beliau menyentuh beberapa perkara berbangkit dalam pembentukan kabinet baru-baru ini termasuk tuntutan beberapa calon kerusi umum yang menang untuk mendapatkan kerusi MT.


Dengan membawa dokumen Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), beliau mengatakan bahawa tidak ada perbezaan bagi kerusi umum dan fakulti apabila telah berada dalam kabinet dan beliau turut membidas pihak yang menyamakan politik kampus dan politik luar yang melihat kepada kerusi fakulti sebagai kerusi DUN dan Umum sebagai Parlimen.


Dalam ucapannya juga, beliau menjelaskan bahagian yang berkaitan dengan peruntukan 2/3 majoriti undian bagi memilih pemegang jawatan dalam MPP dan mengatakan bahawa semua ahli mempunyai hak untuk jawatan-jawatan dalam MPP. Sepanjang ucapannya, beliau banyak merujuk kepada Timbalan Pendaftar Kanan HEP, Encik Faiezi Othman untuk mengesahkan beberapa fakta yang diucapkan. Majlis tamat kira-kira jam 11.00 malam.


Tahniah kepada semua Majlis Tertinggi dan barisan exco. Persatuan Bahasa Arab UPSI berharap barisan MPP yang baru ini akan dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pelajar dengan jujur dan ikhlas. Kotakan apa yang dikata. Kerana mulut badan binasa. Selamat maju jaya.


Sumber

Oleh جمعية اللغة العربية 11.09.2008

Berikut adalah keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang diumumkan oleh Naib Cancelor UPSI sekitar jam 7.30 malam 21 Oktober 2008 di dewan SITC:

Kerusi Umum

1. Akmal bin Madzir (4124)
2. Nor ‘Ain Bt A. Razak (4011)
3. Arif bin Mohamad (3757)
4. Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (3729)
5. Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff (3532)
6. Abdul Rashid bin Husain (3425)
7. Azmi bin Mohamad Sofian (3075)
8. Nabila Soraya Hani Binti Mohd Ayob (3046)
9. Wan Nasron bin Wan Mohd Nasir (2979)
10. Nazira binti Jiat (2645)
11. Munirah binti Ab Wahab (2372)

Kerusi Fakulti Perniagaan & Ekonomi

1. Syaiffuldin Bin Mohamad (315)
2. Nurul Illyana Binti Mohamad (244)
3. Nor Rasyidah Binti Mohd Rasid (201)
4. Engku Mohamad Fakhrudin Bin Engku Alwi (195)
5. Mohd Azizi bin Sitam (123)

Kerusi Fakulti Sains & Teknologi

1. Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (1389)
2. Norhafizawati Bt Mahmad Rozali (1055)
3. Noor Sa’adah Binti Haji Jailani (708)
4. Mahfuzah Binti Md Nazimuddin (650)

Kerusi Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

1. Mohd Fitri Bin Amil (544)
2. Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor (483)
3. Nor Afiti binti Mohd Basri (440)
4. Yuniza Binti Ab Jusoh (412)
5. Nurul Iman binti Amirudin (330)
6. Nurul Ain Nabihan Binti Basharludin (269)

Kerusi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

1. Muhammad Asree Bin Abdul Aziz (1276)
2. Adriyani Binti Yamin (906)
3. Mastura Binti Abdul Ghani (744)

Kerusi Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi

1. Mohd Razik bin Khalid (164)
2. Muzaitul Akmar Binti Mohammad (159)
3. Suhainizam Bin Sharif (153)

Keputusan rasmi PRK ini hanya akan diumumkan setelah tempoh bantahan hari ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Oleh جمعية اللغة العربية 10.22.2008


Diisytiharkan pada 10 Oktober 2008, Majlis Perwakilan Pelajar (Students Representative Council) Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dibubarkan dan pilihanraya kampus akan diadakan pada hari Selasa iaitu 21 Oktober 2008. Untuk keterangan lanjut dan tarikh-tarikh penting sila rujuk memo PINDAAN di papan-papan kenyataan sekitar kampus dan juga di kolej-kolej. Harap maklum.
Diharap kepada semua pelajar supaya mengetahui akan perkara ini dan pilihlah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Semoga Islam terus tertegak di bumi ini.

Oleh جمعية اللغة العربية 10.12.2008





Negara kita bakal menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos 2008 setelah pilihanraya umum telah diadakan pada bulan Mac lalu dimana menyaksikan 4 buah negeri ditawan parti Pakatan Rakyat dan 1 negeri masih terus dikuasai. Pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh ini menarik perhatian semua kerana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding setelah kerusi Permatang Pauh itu dikosongkan oleh isteri beliau sendiri iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah.


Manakala bagi pihak Barisan Nasional pula, YB Arif Shah Hj Omar Shah iaitu ADUN kawasan Seberang Jaya bersedia untuk memikul cabaran merampas kembali Permatang Pauh setelah sekian lama dikuasai oleh parti pembangkang. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan iaitu tarikh penamaan calon ialah pada 16 Ogos 2008 manakala 26 Ogos 2008 adalah tarikh membuang undi.

Walaubagaimanapun, sedikit kekecewaan apabila pada 26 Ogos itu adalah pada hari bekerja iaitu hari Selasa. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya ini maka satu perubahan telah dijanjikan oleh beliau. Sebaliknya jika YB Arif Shah memenangi pilihanraya ini, pasti satu sejarah akan dicatatkan di negara kita.

Kita sebagai mahasisawa/i perlu mengambil tahu akan hal ini disamping matlamat utama kita sebagai pelajar. Generasi-generasi sekarang inilah yang akan mengganti dan mendokong wawasan negara suatu hari nanti. Ini kerana negara kita dibangun dan ditadbir melalui sistem pilihanraya dan jangan sekali-kali mengatakan tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Tepuk dada tanyalah minda!

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya memenangkan manusia yang boleh mentadbir dan memerintah negara kita dengan baik serta menurut syariat Islam tanpa ada penyelewengan dan kerosakan kerana jika kita lihat keadaan negara kita adalah semakin teruk dengan gejala-gejala negatif.

Wallahu a'la wa'alam...

Oleh جمعية اللغة العربية 8.15.2008




Pada 6 Julai lalu, bertempat di Stadium Kelana Jaya rakyat berhimpun untuk menyatakan protes terhadap kenaikan harga minyak yang mendadak. Perhimpunan ini tidak mengira parti dan kaum yang mana sesiapa sahaja boleh hadir. Walaupun pihak polis memberi amaran supaya tidak menghadiri perhimpunan ini, tetapi rakyat tetap juga turun untuk membantah kenaikan harga minyak. Perhimpunan yang bertemakan warna merah ini dihadiri pelbagai lapisan masyarakat seperti pekerja-pekerja, orang tua dan juga pelajar-pelajar.



Semua rakyat boleh membuat penilaian sendiri berkenaan kenaikan harga minyak dengan membaca atau mendengar penjelasan-penjelasan sama ada dalam internet ataupun media surat khabar. Apa-apa pun kenaikan harga minyak pasti akan menyusahkan rakyat sekiranya tidak ada jalan alternatif lain untuk menurunkannya atau dengan cara lain yang mana perkara ini perlu dilakukan oleh pihak yang sepatutnya.

Di bawah adalah antara beberapa gambar semasa perhimpunan tersebut:







Oleh جمعية اللغة العربية 7.08.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini