:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni





Negara kita bakal menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos 2008 setelah pilihanraya umum telah diadakan pada bulan Mac lalu dimana menyaksikan 4 buah negeri ditawan parti Pakatan Rakyat dan 1 negeri masih terus dikuasai. Pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh ini menarik perhatian semua kerana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding setelah kerusi Permatang Pauh itu dikosongkan oleh isteri beliau sendiri iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah.


Manakala bagi pihak Barisan Nasional pula, YB Arif Shah Hj Omar Shah iaitu ADUN kawasan Seberang Jaya bersedia untuk memikul cabaran merampas kembali Permatang Pauh setelah sekian lama dikuasai oleh parti pembangkang. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan iaitu tarikh penamaan calon ialah pada 16 Ogos 2008 manakala 26 Ogos 2008 adalah tarikh membuang undi.

Walaubagaimanapun, sedikit kekecewaan apabila pada 26 Ogos itu adalah pada hari bekerja iaitu hari Selasa. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya ini maka satu perubahan telah dijanjikan oleh beliau. Sebaliknya jika YB Arif Shah memenangi pilihanraya ini, pasti satu sejarah akan dicatatkan di negara kita.

Kita sebagai mahasisawa/i perlu mengambil tahu akan hal ini disamping matlamat utama kita sebagai pelajar. Generasi-generasi sekarang inilah yang akan mengganti dan mendokong wawasan negara suatu hari nanti. Ini kerana negara kita dibangun dan ditadbir melalui sistem pilihanraya dan jangan sekali-kali mengatakan tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Tepuk dada tanyalah minda!

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya memenangkan manusia yang boleh mentadbir dan memerintah negara kita dengan baik serta menurut syariat Islam tanpa ada penyelewengan dan kerosakan kerana jika kita lihat keadaan negara kita adalah semakin teruk dengan gejala-gejala negatif.

Wallahu a'la wa'alam...

Oleh جمعية اللغة العربية 8.15.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini