:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

PERHATIAN!!!
Sama-sama membantu saudara seagama dengan kita di medan sengsara PALESTIN..

Aman Palestin Berhad

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: +603 89267019
Fax: +603 89259963
e-mail: amanpalestin@yahoo.com
Laman WEB: www.amanpalestin.org

Sebarang sumbangan kewangan disaluran berikut:
Aman Palestin Berhad
(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad:
12029010047880

Maybank Malaysia Berhad:
562263010787

(Dana Sumbangan Pengurusan)
Bank Muamalat Malaysia Berhad :
12070005133717

  • Sebarang sumbangan berbentuk barang yang boleh dijual beli untuk disumbangkan ke dalam tabung Palestin bolehlah menghubungi pejabat untuk mendapat keterangan lanjut.

  • Sebarang MoU, perjanjian-perjanjian, usahasama, kerjasama ke arah penyumbangan yang berbentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harapkan. Segala usaha kebaikan ini hanya Allah yang layak membalasnya.

Oleh جمعية اللغة العربية 12.28.2008

Pada kali ini, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu hudud yang cuba dikontroversikan oleh media tajaan Barisan Nasional baru-baru ini, apabila YB Husam Musa telah menegaskan bahawa sekiranya PAS bersama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan kelak, PAS komited akan melaksanakan undang-undang hudud dan qisas. Selanjutnya, beliau telah menyatakan bahawa sekiranya pelaksanaannya tidak mendapat persetujuan daripada PKR dan DAP, maka PAS akan menangguhkan hasrat tersebut bagi memberi masa buat mereka memahami sepenuhnya tentang pelaksanaan hukum hudud.Kenyataan beliau, bagaimanapun, telah dijadikan modal oleh media tajaan Barisan Nasional untuk melaga-lagakan di antara PAS dan DAP, selain cuba menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat bukan Islam.Izinkan saya memberi beberapa pandangan peribadi mengenai isu ini.PERTAMA, saya ingin menegaskan bahawa hukum hudud dan qisas bukanlah merupakan rekaan/rekacipta daripada PAS, sebaliknya PAS merupakan sebuah gerakan yang gigih menyahut seruan Allah, untuk melaksanakan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia. Seandainya pada suatu hari kelak, PAS sudah tidak mahu melaksanakannya, dan DAP pula yang mengambil alih tugas tersebut, maka DAP pulalah yang perlu diberi dokongan oleh Ummat Islam di Malaysia.KEDUA, saya ingin mengingatkan bahawa hukum hudud dan qisas ini hanya dikuatkuasakan terhadap Ummat Islam, dan Ummat Bukan Islam tidak tertakluk dan tidak ada kena mengena dengannya, sebaliknya dibenarkan untuk menggunakan undang-undang lain. Mengapa orang bukan Islam perlu takut?Jadi apa masalahnya? Benarkah hukum hudud dan qisas itu zalim?Saban tahun, kita menyambut Maulidur-Rasul dengan iringan selawat, sebagai suatu bentuk penghormatan dan kasih terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kita tidak sedar, bahawa kedatangan Baginda bukanlah sekadar untuk dipuja dan diagungkan, tetapi yang jauh lebih penting ialah untuk menurut segala ajaran Allah yang disampaikan melalui Baginda.Baginda telah melaksanakan undang-undang syariah ketika di Madinah, yang turut merangkumi undang-undang jinayat (hudud, qisas, diyat, takzir), dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum, termasuk kaum Yahudi. Jadi, adakah baginda merupakan seorang pemimpin yang zalim kerana melaksanakannya? Nauzubillah min zalik.Sebaliknya baginda telah berjaya membangunkan sebuah masyarakat dan generasi terbaik sepanjang zaman, yang hidup penuh harmoni, dan bebas daripada jenayah. Malah, sejak undang-undang jinayat berkuatkuasa, amat jarang ada yang dijatuhi hukuman, kerana pelaksanaannya telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat yang, di atas penuh kesedaran, bahawa seluruh tindak-tanduk mereka berada dalam perhatian-Nya. Itulah kesan utama dan aura yang terpancar melalui pelaksanaannya, hingga mampu menyampaikan Ummat Islam kepada TAQWA.Jika hukum hudud ini dibantah oleh golongan bukan Islam, saya tidaklah merasa pelik. Kerana sudah menjadi lumrah, bahawa manusia akan memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Dalam isu ini, ternyata DAP termasuk dalam kategori ini. Mereka menentang bulat-bulat kerana mereka tidak memahami isu ini dan mereka masih terperangkap dalam perspektif yang salah.Tetapi, yang lebih pelik ialah apabila ada di kalangan Muslim sendiri yang menentang pelaksanaan hukum hudud. Hujah yang paling sering ditimbulkan ialah ianya tidak sesuai kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Apa ini? Adakah mereka tidak tahu bahawa perlaksanaannya hanya melibatkan Ummat Islam sahaja? Adakah mereka tidak memahami bahawa pelaksanaannya adalah untuk mencegah berlakunya kes jenayah yang dilakukan oleh mana-mana Muslim? Adakah mereka tidak sedar bahawa dalam undang-undang jinayat, tidak semudah itu untuk menjatuhkan sesebuah hukuman?Perbuatan atau perkataan yang tidak mengiktiraf relevansi hukum hudud dan qisas merupakan sebuah pelanggaran terhadap syahadah, bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah." Dalam ungkapan syahadah, terakam keyakinan bahawa Allah terkecuali daripada sifat-sifat jahil, bodoh, zalim dan sebagainya. Mana mungkin ketika kita mengakui keesaan-Nya, dalam masa yang sama kita tidak mengiktiraf sebahagian daripada apa yang diturunkan-Nya kepada manusia?Apapun, saya melihat isu ini melalui perspektif yang positif. Muslihat dan strategi licik daripada musuh boleh DIUBAH sebagai ruang dan peluang bagi kita menerangkan kepada masyarakat, apa sebenarnya perincian dan kandungan sebenar di dalam hukum hudud dan qisas. Jika ada dalam kalangan masyarakat yang tidak pernah mengetahui apa itu hudud dan qisas, mereka mungkin akan tergerak untuk mencari jawapannya. Inilah HIKMAH yang boleh dimanfaatkan oleh PAS, untuk merebut kesempatan ini untuk menyebarluaskan kefahaman sebenar tentang hukum hudud dan qisas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Lihat sahajalah di Amerika Syarikat pasca 11 September 2008, muslihat musuh yang mahu memerangi Islam, akhirnya menjadi advantage kepada penyebaran dakwah Islamiyyah. Sebelum peristiwa tersebut, dikatakan sangat ramai yang langsung tidak pernah mendengar tentang apa itu Islam, dan mereka hanya mula berminat untuk mendalami ajaran Islam apabila mendapati Islam diserang teruk oleh media Barat. Allah Maha Berkuasa dan Halus Perancangannya, apabila akhirnya ramai orang Amerika berbondong-bondong masuk memeluk Islam.Tambah menggembirakan saya, ialah apabila membaca kenyataan balas oleh TG Nik Abdul Aziz yang meminta DAP menyatakan apa yang tidak kenanya dengan hukum hudud dan qisas. Jika diingat kembali, memang selama ini, DAP tidak pernah mengeluarkan hujah yang konkrit akan sebab penolakan mereka. Yang sering diulang hanyalah hukum hudud dan qisas tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia. Jadi, saya juga ingin mengetahui apakah hujah balas mereka terhadap soalan TG Nik Abdul Aziz.Sama-sama lah kita tunggu ya.

Oleh جمعية اللغة العربية 12.26.2008

Oleh: Rafdian Rasyid

Bismillahirrahmanirrahim

Topik kali ini, kita akan melihat ciri-ciri kata kerja lampau pasif. Kenapa kita masuk topik ini? Ingat pada topik sebelumnya kita sudah sampai pada ayat 4 surat Al-Baqaroh. Pada ayat 4 ini kita Insya Allah temukan kata-kerja lampau pasif tersebut.

Ada gak beza kata kerja pasif dalam Bahasa Indonesia dan Arab? Sepintas saya lihat tidak ada (nanti Insya Allah kita akan bahas lebih dalam bahawa sebenarnya ada bezanya yang cukup signifikan).
Misal, dalam bahasa Indonesia kita berkata begini:

Umar telah memukul --> Kata kerja lampau aktif

Umar telah dipukul --> Kata kerja lampau pasif

Dalam bahasa Arab juga demikian.

ضَرَبَ عُمَرُ -- dhoraba 'umaru(Umar telah memukul)

Oh ya sebelum saya lupa, dalam bahasa Arab (atau dalam Al-Qur'an)biasanya lebih umum meletakkan Pelaku dibelakang kata kerjanya.
Contoh diatas: Umar memukul, dapat saya tulisعُمَرُ ضَرَبَ ('umaru dhoraba) --> Umar telah memukul
ضَرَبَ عُمَرُ (dhoraba 'umaru) --> Umar telah memukul (lebih sering digunakan)

Sekarang untuk membentuk pasif, kata ضَرَبَ (dhoraba--telah memukul) berubah menjadi ضُرِبَ (dhuriba--telah dipukul).
Oh bererti perubahannya hanya pada harokat kata kerja lampaunya ya? Ya.. ya... Anda cerdas...

INGAT RUMUS INI : AA - UI

AA adalah kata kerja lampau (KKL) aktif
UI adalah kata kerja lampau (KKL) pasif

Ingat:

ضَرَبَ - harokat huruf pertama A (dho), harokat huruf sebelum akhir A (ra)--> telah memukulضُرِبَ - harokat huruf pertama U (dhu), harokat huruf sebelum akhir I (ri)--> telah dipukul

Contoh lain lihat surat Al-baqorah ayat 4.



Terlihat disitu ada kata: أُنْزِلَ (unzila-- telah diturunkan)

Kata kerja ini terdiri dari 4 huruf. RUMUS AA - UI : AKTIF - PASIF

أُنْزِلَ -- unzila (telah diturunkan)
أَنْزَلَ -- anzala (telah menurunkan)

4 Huruf: (1) Alif, (2) Nun, (3) Zal, (4) Lam

AKTIF AA --> harokat huruf 1 = A (untuk huruf Alif), harokat huruf sebelum akhir = huruf 3 = A (untul huruf Zal)

PASIF UI --> harokat huruf 1 = U (untuk huruf Alif), harokat huruf sebelum akhir = huruf 3 = I (untuk huruf Zal)

Demikian rumus AA-UI untuk KKL (Kata Kerja Lampau). Insya Allah akan kita akan sambung lagi.

Oleh جمعية اللغة العربية

Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b. Baz:


Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi, atau Nasrani(kristian), atau perayaan dari agama-agama lain.Bahkan wajib meninggalkannya, hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, Rasul sallallahu`alaihiwasallam telah mengancam kita daripada menyerupai mereka(kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.

Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah, dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah, maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya, dan jangan saling tolong menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun, tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut & membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Maka wajib bagi muslim dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt sepertimana firman Allah swt:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
[al-An`aam[ [6]:116]

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya,membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang(termasuk umat Islam),dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran & As-Sunnah.
Dengan keduanyalah apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima,walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia,dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.

Diterjemah oleh Abu Ayyub
sumber: http://www.sahab.net/home/index.php?threads_id=142

Oleh جمعية اللغة العربية 12.25.2008

Oleh: Rafdian Rasyid


Bismillahirrahmanirrahim

Pada topik yang lalu kita sudah melihat pembahagian jenis kata kerja dalam bahasa Arab iaitu hanya terbahagi dua macam: Kata Kerja Sedang (KKS), dan Kata Kerja Lampau (KKL).

Surat Al-Baqarah ayat 3:



Di ayat ini kita temui 3 KKS dan 1 KKL. Yang mana itu? Insya Allah Anda sudah tahu bukan? Ulang kembali:

Yang bentuk sedang

يؤمنون – yu’ minuu-na (lihat ada tambahan يــ diawal kata) – mereka sedang beriman
يقيمون – yu qii-muu-na (lihat ada tambahan يــ diawal kata) – mereka sedang mendirikan (sholat)ينفقون – yun fi-quuna (lihat ada tambahan يــ diawal kata) – mereka sedang berinfaq

Yang bentuk lampau

رزقناهم -- asal nya adalah رزق – ro-za-qo (ertinya rezekikan) lalu mendapat akhiran نا (ertinya kami (telah)) dan هم (ertinya kepada mereka). Jadi Razaqnaahum ertinya (yang kami telah rezekikan kepada mereka).

Fokus topik kali ini adalah menjelaskan Tips memeriksa apakah kata kerja itu termasuk KKS atau KKL.

Perhatikan contoh di atas sekali lagi. Sebelum saya kasi tips nya, kita lihat satu contoh dulu:



Terlihat bahawa untuk KKS: selalu ada tambahan di awal kata kerjanya. Maksudnya? Ya lihat saja contoh diatas. Kata asalnya adalah كتب - kataba. Lalu untuk membentuk kata kerja sedang (KKS), tambahan huruf sebelum كتب- yang biasa (sering muncul di Al-Quran adalah) أ, ت, يـ, يـ..ون . Jadi asal ketemu kata-kata tambahan tersebut terhadap suatu kata kerja, maka boleh dikira-kira maksud kata kerja tersebut adalah kata kerja sedang (KKS).

Hal itu dapat diringkaskan dalam rumus berikut:




Mas, oke deh... Saya dah ngerti, mengenai teknik membezakan KKS dan KKP. Tapi Mas... hmmm ngomong-ngomong kok kita gak beranjak dari Ayat 3 surat Al-Baqaroh. Padahal ini sudah topik yang ke 10.

Ok. ok. Terima kasih diingatkan. Sekarang saya kasi tugas. Ada berapa Fi'il dalam ayat 4 ini?




Kalau jawaban anda 4, maka kita bisa lanjut ke topik berikutnya Insya Allah, mengenai kata kerja Pasif. Lihat di ayat 4 diatas kata أنزل-unzila, adalah kata kerja pasif (ertinya diturunkan), kerana dia KKL (fi'il madhy), maka lebih tepat ertinya "telah diturunkan". Bagaimana ciri-ciri KKL Pasif. Insya Allah akan kita bahas..

Oleh جمعية اللغة العربية 12.24.2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Kata yang sering muncul dalam Al-Quran adalah kata ganti orang ke 3 untuk laki-laki, iaitu:
Dia هُوَ huwa
Dia berdua هُمَا humaa
Mereka هُمْ hum

Hafalkan: huwa, humaa, hum

Contoh kalimat:

Dia hensem: هو جميلٌ huwa jamiilun
Dia berdua hensem: هما جميلانِ huma jamiilaani
Mereka hensem: هم جميلُوْن hum jamiiluuna

Kata ganti orang berdua (dia berdua atau هما-humaa) agak jarang ditemui dalam Al-Quran, dibandingkan dengan Dia (seorang) هو-huwa, atau Dia banyak (mereka) هم-hum. Jadi ingat sekali lagi:

هو-huwa dia
هم-hum mereka

Latihan 1:
Farid adalah seorang siswa. Dia jujur.

Farid فريد-Fariid
adalah -- dalam bahasa Arab, tidak ada kata pengganti adalah
seorang siswa تلميذ-tilmiizun

Dia هو-huwa
jujur صادق-shoodiqun

Jadi kalimatnya menjadi:
فريد تلميذ-fariidun tilmiizun (farid seorang siswa)
هو صادف-huwa shoodiqun (dia jujur)

Latihan 2:
Orang-orang muslim itu hensem. Mereka orang-orang yang jujur.
المسلمون جميلون-almuslimuuna jamiiluuna (orang-orang muslim itu hensem-hensem)
هم صادقون-hum shoodiquuna (mereka jujur)

TIPS:
Terlihat bahawa untuk kata sifat (hensem, jujur), jika untuk 1 orang (dia satu orang) tidak ada tambahan waw nun (ون). Lihat bezanya dengan untuk banyak orang (mereka) ada tambahan waw nun di akhir kata sifatnya. Ingat صادق dengan صادقون.

Oleh جمعية اللغة العربية 12.23.2008


Sejarah telah membuktikan kepada kita betapa dahsyatnya balasan Allah terhadap pemimpin sesebuah negara yang tidak beriman dan zalim seperti Firaun dan Namrud. Firaun mati lemas di tengah lautan sewaktu mengejar Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya. Manakala Namrud yang menentang Nabi Ibrahim a.s. mati disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam otaknya. Seorang lagi manusia durjana yang menerima pembalasan dahsyat daripada Allah s.w.t. sejak di dunia lagi ialah Mustafa Kamal Ataturk. Siapa sebenarnya Kamal Ataturk ?
Bagi menghancurkan pemerintahan Sultan Usmaniyah di Turki, pihak Yahudi telah membuat perancangan jangka panjang yang memakan masa lebih kurang 400 tahun. Dendam mereka mula menyala apabila Sultan Orhan Ghazi (Sultan Usmaniyah Ke-2) telah menghalau orang Yahudi dari Kota Bursa di awal pemerintahan Kerajaan Usmaniyah. Sultan-sultan Osmaniyah yang awal merupakan pemerintah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka sentiasa bermusuh dan tidak percayakan Yahudi.
Bagi merealisasikan cita-cita mereka, puak Yahudi melaksanakan pelbagai rancangan jahat termasuk berpura-pura masuk Islam tetapi di dalam hati tetap mengekalkan keyahudian mereka. Mereka inilah digelar Yahudi Dunnama. Puak ini memakai nama Islam dan berusaha sedaya upaya menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam pemerintahan bagi meluaskan pengaruh mereka sedikit demi sedikit di kalangan masyarakat atasan. Salah satu kejayaan mereka ialah meracun Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda meninggal dunia (syahid) akibat diracun oleh Mustafa Jocobo, seorang doktor peribadi daripada Yahudi Dunnama di istana Sultan.
Secara ringkasnya, munculnya Kamal Ataturk sebagai pemimpin sekular Turki adalah satu perancangan Yahudi dengan bantuan Freemason Yahudi Antarabangsa dan melalui media massa yang dikuasai oleh Yahudi. Tokoh-tokoh palsu seperti Kamal Ataturk ini ditonjolkan hingga disanjung tinggi di kalangan dunia Islam sehingga ramai yang menyangka bahawa mereka adalah tokoh-tokoh Islam sejati. Malahan ramai golongan Islam dari kalangan Melayu (termasuk Malaysia dan Indonesia) yang terpengaruh hingga ada yang berani menyatakan kalau ingin maju, moden dan produktif, contohilah Turki pimpinan Kamal Ataturk.
Dalam waktu yang sama, keburukan Sultan Usmaniyah diperbesarkan ke seluruh dunia. Berita ini dicanang ke luar negara terutamanya ke negara-negara umat Islam. Dunia Islam dihasut supaya membenci sultan. Institusi khalifah diburuk-burukkan sedikit demi sedikit melalui keburukan peribadi sultan.
Bertitik tolak dari sinilah Kamal Ataturk mula membina ketokohannya di dalam angkatan tentera. Pengaruhnya di Turki semakin luas dan dalam jangkasmasa 10 tahun beliau mula merancang rampasan kuasa. Dalam Perang Dunia 1, beliau dikatakan berjaya memimpin angkatan tentera Turki mempertahankan wilayah Turki daripada serangan Eropah (Greece, Itali dan Perancis). Hakikatnya bukan begitu. Sebenarnya tentera Eropah berundur setelah Kamal Ataturk bersetuju dengan syarat-syarat mereka. Antara syarat-syarat tersebut ialah 1. Menghapuskan Khalifah Usmaniyah. 2. Turki mesti menghapuskan semua gerakan Islam, sufi dan sebarang kumpulan yang ada kaitan dengan Islam. 3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam. 4. Turki mesti mengambil undang-undang Barat (moden) menggantikan perlembagaan Islam.
Setelah Sultan Abdul Hamid dijatuhkan dalam tahun 1909 dan dipenjarakan sehingga ke akhir hayat baginda, sultan-sultan berikutnya masih dikekalkan, cuma peranan dan pengaruhnya dikurangkan sedikit demi sedikit. Akhirnya pada November 1922, kesultanan dibatalkan pada zaman Sultan Muhammad IV. Sultan selepas itu Sultan Abdul Majid masih dikekalkan sebagai boneka. Pada 3 Mac 1924, akta memansuhkan sistem khalifah diluluskan dan sultan dipaksa meninggalkan Turki keesokan harinya.
Dengan kejatuhan sultan, Kamal Ataturk meneruskan agenda jahatnya untuk mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya. Namun niatnya ini mendapat tentangan hebat dari golongan ulama'-ulama' amilin terutamanya ulama' sufi yang mewakili berbagai gerakan Islam dan kumpulan tareqat. Kamal Ataturk menyedari bahawa hanya ulama'-ulama' ini yang tegas dan tetap mempertahankan syariat Islam. Ketegasan ulama'-ulama' ini mesti dihadapi dengan kekerasan. Oleh itu Kamal Ataturk menggunakan kekuatan polis dan tentera. Halakah-halakah zikir Tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah dibubarkan. Sesiapa yang hadir majlis zikir akan ditangkap. Diberitakan ada di kalangan guru-guru tareqat ini telah dibunuh dan ada di antaranya hilang begitu sahaja selepas majlis zikrullah mereka diserang.
Dasar Kerajaan Sekular Kamal Ataturk adalah zalim. Di antara dasar-dasar kerajaannya ialah ;
1. Tidak mengambil Al-Qur'an dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara. 2. Golongan pemerintah atasan dan kuncu-kuncunya, menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya adalah perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik. 3. Kebanyakan siaran radio dan televisyen serta isi kandungan majalah, 95% maksiat. 4.Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara dan dipromosikan secara meluas. 5. Muzik-muzik haram, tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan secara berleluasa. 6. Waktu sembahyang, masjid kosong. Kebanyakan rakyat berkeliaran di luar dengan urusan duniawi. 7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang tua dan janda-janda disisihkan. 8. Banyak projek yang sia-sia dan membazir dibuat dengan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat peleseran bagi golongan elit. 9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman. 10. Para pemimpin melenting apabila ditegur. Maka mereka berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
Bukti jelas Kamal Ataturk sangat benci kepada Islam malahan untuk menghapuskan Islam sama-sekali di Turki apabila melihat tindakan-tindakan yang diambilnya. Antaranya ialah 1. Mengisytiharkan semua saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat mesti dihapuskan demi kemajuan negara. Islam dibuang sebagai agama rasmi Turki. 2. Pendidikan Turki diubah menjadi pendidikan sekular Barat. 3. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang perkahwinan Barat. 4. Memisahkan agama daripada urusan pemerintahan negara. 5. Menindas, memenjara dan membunuh para ulama' yang menentang. 6. Menutup masjid dan menghalang sembahyang berjemaah. 7. Melarang azan dan sembahyang dalam bahasa Arab. 8. Memaksa rakyat Turki berpakaian cara Barat. 9. Menghapuskan Kementerian Wakaf. 10. Menukar Masjid Aya Sophia menjadi muzium. 11. Membatalkan mahkamah dan undang-undang Syariah dan menukarkannya kepada undang-undang Swiss. 12. Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menggantikannya dengan kalendar Barat. 13. Membatalkan undang-undang waris dan Faraid secara Islam. 14. Menukar huruf Arab dengan huruf Latin. 14. Menggalakkan wanita mendedahkan aurat dan menganjurkan pergaulan bebas.
Sebenarnya Kamal Ataturk hanya berjaya membaratkan rakyat Turki sahaja tetapi gagal dari segi pembangunan material dan ekonomi negaranya. Turki terus kekal dengan kemundurannya. Dari masa ke semasa, rakyat Turki semakin rosak akibat terpengaruh dengan segala keseronokan dunia yang dipromosikan oleh Kamal Ataturk. Kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini. Masih ramai lagi rakyat Turki yang berpegang teguh dengan ajaran sekular serta meneruskan cara hidup bebas seperti di Barat.
Akhirnya janji Allah pasti berlaku. Setiap pemimpin zalim yang menentang Allah pasti menerima balasan di dunia lagi. Begitu jugalah dengan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk memang terkenal sebagai seorang yang kuat minum arak, berjudi dan yang paling menjijikkan apabila dia juga seorang biseksual.
Walaupun Kamal Ataturk mati pada 10 November 1938 tetapi beliau sudah mula diawasi oleh doktor peribadinya yang mengikut ke mana saja ia pergi sejak 19 Mei 1919 lagi. Sejak dari tarikh ini kesihatan Kamal Ataturk mula terganggu. Beliau pernah diserang penyakit kelamin, malaria dan buah pinggang. Bukan setakat itu saja, malah pelbagai jenis penyakit aneh menyerangnya. Walaupun begitu, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat hingga di penghujung hayatnya. Gemar pergi ke kasino dan parti serta terus memburu wanita walaupun sudah tiada kemampuan seks.
Menjelang tahun 1937, telah berlaku perubahan fizikal yang amat ketara pada tubuh badannya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat, wajahnya pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Beliau takut tinggal keseorangan dan sangat marah apabila dibiar bersendirian. Beliau juga mula diserang perasaan takut kehilangan kuasa, selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara. Kulit ditubuhnya berkedut dengan cepat serta diganggu pula dengan penyakit gatal-gatal. Para doktor sudah memberi bermacam jenis krim untuk disapu pada kakinya yang calar balar dan luka akibat digaru oleh kukunya. Sebelum tiba saat matinya, dia dibelasah hebat oleh berbagai bala' yang diturunkan Allah. Beliau sudah tidak berdaya lagi, demam, kulit kekuningan, gatal, darah tinggi, luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perutnya membengkak, pendarahan dalam tubuh dan semua uratnya timbul dan bengkak.
Menjelang tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi. Keadaan tidak berubah walaupun didatangkan doktor pakar dari Perancis. Penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Beliau merasa sangat panas walaupun ketulan ais diletakkan di badannya. Malah bomba dipanggil untuk menyemburkan air ke dinding biliknya. Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Jeritannya sangat kuat menahan seksa sehingga kedengaran ke kawasan sekitar.
Akhirnya pada 29 September 1938, Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, dia mengalami koma kali kedua dan pada waktu inilah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau terus tidak sedarkan diri sehinggalah nyawanya direntap oleh 'Izrail.
Cara kematiannya begitu menghinakan dan begitu juga selepas kematiannya. Sebenarnya mayat Kamal Ataturk tidak pernah dikebumikan. Setiap kali hendak dikebumikan, mayatnya dimuntahkan semula oleh bumi. Bumi tidak mahu menerima mayat manusia durjana ini. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Bukit Rasat-Tepe dipilih untuk menempatkan 44 tan batu mar-mar di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk di bahagian bawah binaan dua tingkat itu.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah dan bentuk kemusnahan itu kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Sekian, untuk renungan bersama.
Jazakallah.

Oleh جمعية اللغة العربية 12.22.2008

Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang
yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit
kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang
kita lakukan.


Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya tidak melanggari batasan yang digariskan.

Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid: “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban” (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.


Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a,
katanya:“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya
(sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging,
kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan
seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada
al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari
hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah
dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah
daripada (harta) kami sendiri”.


Walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah kurban. Apa yang penting ialah larangan dari menjadi sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan kurban atau al-hadi (sembelihan haji).

Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya: Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang kurban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukan sebagai upah. Hukum sembelihan kurban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (jld. 4, m.s. 148 cetakan Dar al-Ma’rifah, Lubnan)

Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan kurban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang kurban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: “Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Ketika mengulas hadith ini, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadith ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan kurban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging kurban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Ini juga boleh dikiaskan dengan sebarang upah yang diberikan dari sembelihan korban maka sama hukumnya iaitu haram.

Al-Imam al-Nawawi sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`i di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’: “Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah (الهدي) dan sembelihan kurban dijual. Samada ia kurban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(juz. 8 m.s. 419-420 ctk. Dar al-Fikr, Beirut)

Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: “Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun kurban itu adalah kurban sunat.( m.s. 149 ctk. Dar So`ab, Beirut.)

Kata Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam: “Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan kurban memberi walaupun sedikit bahagian kurban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Maktabah al-Manar, Jordan)

Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian kurban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kurban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadith-hadith tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadith-hadith berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian kurban.

Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian kurban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian kurban.

Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang kurban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala kurban yang dijanji dan kurban kita terbatal. Kata Mustafa al-Khin dam Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh kurban di dalam mazhab al-Syafi`i: “Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan kurban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikurbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian kurban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan kurban.

Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikurban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian kurban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.

Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian kurban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian kurban). ( juz. 5 / m.s. 221, Ctk. Dar al-Jil, Beirut)

Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan kurban.

Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya seperti yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang kita lakukan.

Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.

Kurban ada peraturannya yang ditentukan syarak. Pastikan agar kurban itu diterima di sisi Allah.

Sumber

Oleh جمعية اللغة العربية 12.05.2008



Di Malaysia industri arak mewah dan makmur. Ia bukan sekadar dikilang dan dijual, malah syarikat-syarikatnya diapungkan di bursa saham. Mereka mengaut untung besar dan antara syarikat korporat yang paling aktif dalam negara. Ini berlaku walaupun Malaysia dikatakan sebuah negara Islam. Demikianlah toleran dan baiknya budi orang Malaysia.

Thailand adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan mereka dan malah saya merasakan rakyat Thai adalah antara penganut agama Buddha yang kuat dan ini ketara dari istana sehinggalah ke rakyat biasa.

Arak yang diharamkan oleh Islam juga turut diharamkan oleh agama Buddha. Bezanya bagi rakyat Thai mereka bukan sekadar akur dengan hukum itu tetapi sanggup bangkit mempertahankannya. Baru-baru ini usaha untuk mengapungkan sebuah syarikat arak, Thai Beverage PLC (pembikin “beer chang” yang popular di negara berkenaan) di Stock Exchange of Thailand (SET) telah menerima tentangan dari rakyat Thai dan sebuah protes telah dianjurkan oleh sami-sami Buddha negara berkenaan.

Menurut laporan hasil dari tentangan berterusan dari komuniti Buddha itu akhirnya SET membuat keputusan menolak permohonan syarikat berkenaan.

Menurut “The Thai Buddhist Channel” sekiranya syarikat ini diapungkan bermakna rakyat Thai bersubahat mengizinkan syarikat yang menghasilkan produk haram ini membuat lebih keuntungan. Negara berkenaan menurut saluran berita Buddha itu tidask memerlukan syarikat seperti ini dalam pasaran saham Thai.

Untuk makluman tidak ada syarikat arak yang tersenarai di SET. Malaysia bagaimana?

SUMBER

Oleh جمعية اللغة العربية 11.24.2008

Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menghantar 'debaters' ke Royal Debate Championship 2008 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Gombak yang akan berlangsung pada 28 November - 3 Disember 2008. Seramai lapan orang iaitu dua kumpulan adalah terdiri daripada program Pendidikan Bahasa Arab akan bererentap dalam kategori Bahasa Arab.

Seramai tiga orang exco Persatuan Bahasa Arab terlibat dalam pertandingan debat ini iaitu Mohd Rafa'ie Al Johori dari Lujnah Akademik dan Kerjaya, Siti Hawa Maulad Ahad dan Siti Naquiah bt Mohd Suyut dari Lisan 'Arabi. Kesemua 'debaters' ini diajar dan dilatih oleh Dr Muhamad Najib dan Ustaz Nazri dari Fakulti Bahasa.

Sama-sama kita menyokong dan memberi semangat serta mendoakan kejayaan mereka semua. InsyaAllah.

Oleh جمعية اللغة العربية 11.21.2008

Berikut merupakan beberapa rentetan aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI sepanjang semester ini bagi sesi 1 08/09.

1. Multaqa’ Sanawi
Pada 25 Julai 2008 bersamaan 23 Rejab 1429H, Persatuan Bahasa Arab UPSI telah mengadakan “ Multaqa Sanawi” iaitu Perjumpaan Tahunan bersama ahli persatuan bertempat di Dewan Kuliah K. Majlis yang bermula pada jam 8.40 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam itu telah dihadiri oleh jawatankuasa persatuan berserta ahli lama dan ahli baru persatuan bagi semester tersebut. Antara agenda majlis tersebut ialah ucapan dari presiden persatuan, memperkenalkan jawatankuasa baru iaitu “Lisan A’rabi”, tayangan montaj, pembentangan program yang akan dilaksanakan pada semester tersebut dan sesi soal jawab. Majlis tersebut berakhir dengan sedikit jamuan.

2. Hari Interaksi
Pada 27 Julai 2008 bersamaan 24 Rejab 1429H, satu aktiviti telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar baru Major Bahasa Arab yang mana merupakan pengambilan pertama bermula semester ini. Aktiviti “Hari Interaksi Bersama Pelajar Major Bahasa Arab” ini telah diadakan di Taman Tasik Proton City dan telah disertai seramai 47 orang termasuk 16 orang AJK Persatuan Bahasa Arab. Seawal jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan dengan senaman ringan, sarapan pagi, latihan dalam kumpulan(LDK) dan explorace. Pada jam 1.00 tengahari, aktiviti berakhir dengan sesi bergambar.

3. Bengkel Bahasa Arab
Bagi memberi peluang kepada semua untuk mempelajari dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab, Persatuan Bahasa Arab UPSI telah mengadakan bengkel Bahasa Arab. Bengkel tersebut mula dijalankan pada 28 Mac 2008 dan berterusan pada setiap hari Jumaat jam 5.00 petang bertempat di Tadahan Utara 4A. Bengkel tersebut terbuka kepada ahli persatuan dan kepada semua warga UPSI. Pengisian ataupun modul bengkel tersebut berada pada peringkat sederhana mengikut tahap penerimaan peserta dan terpulang kepada ustaz yang mengendalikan bengkel tersebut.

4. Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR)
Program Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) yang bertemakan “Majulah Syabab Mustaqbal Untuk Agama” merupakan program luar yang pertama bagi Persatuan Bahasa Arab. Seramai 47 orang peserta termasuk juga urusetia yang telah mengikuti program ini. Objektif program yang diadakan selama 3 hari iaitu pada 22-24 Ogos 2008 bertempat di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor adalah untuk memperkenalkan serta menanamkan semangat cintakan bahasa arab, menambah pengetahuan bahasa arab kepada para peserta dan memberi ruang kepada peserta bagi mengaplikasikan pengetahuan bahasa arab bagi yang sememangnya mempunyai pegetahuan dan juga kepada peserta bengkel bahasa arab secara praktikal. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut ialah bengkel nahu dan sorof, lakonan hiwar, tafsir ayat Al-Quran, Black & Hunts, Hikmah Kembara, riadah, Khat, Qiamullail, Wacana dan LDK.

5. Festival Bahasa Arab (FBA)
Pada 26-28 Ogos 2008, Persatuan Bahasa Arab UPSI sekali lagi mengadakan satu program iaitu Festival Bahasa Arab 2008 (FBA 08) bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa dan di sekitar Bangunan Bitarasiswa, UPSI. Program yang bertemakan “Bahasa Arab Sepanjang Zaman” ini adalah bertujuan memartabatkan lagi Bahasa Arab disamping menyedarkan kepada semua tentang penggunaan Bahasa Arab tanpa mengira masa dan ketika. Program yang berlangsung selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar UPSI.

6. Iftar Jam’ie
Pada 18 September 2008, Persatuan Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa iaitu Iftar Jam’ie dimana terbuka kepada semua ahli dan kepada sesiapa yang berminat. Pada jam 6 petang, majlis dimulakan tadarus Al-Quran, tazkirah Ramadahan oleh akhi Rafaie Al-Johori, solat maghrib berjemaah, jamuan, solat isyak & tarawih di surau An-Nur. Pada jam 9.45 malam pula diadakan perjumpaan semua exco di bilik persatuan.

7. Majlis Syura
Pertukaran jawatan daripada pimpinan lama kepada pimpinan baru bertempat di Bilik Interaksi Bitara Siswa pada 23 Oktober 2008 jam 9.00 malam dan dihadiri oleh Penasihat persatuan iaitu Ustaz Khairul Azman.

Oleh جمعية اللغة العربية

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari VII/162]
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah". [3:159]

Oleh جمعية اللغة العربية 11.20.2008

Selesai sudah menempuhi Ujian Akhir Semester kini musim cuti menjelang tiba.

Kami warga Persatuan Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan selamat bercuti kepada semua pengunjung blog terutamanya pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri. Kepada warga PALAPES dan warga SUKSIS seluruh Malaysia pula diucapkan selamat menjalani latihan anda. Tempuhilah ia dengan tabahnya sebagai satu wadah untuk menuntut ilmu.

Jadikan cuti selama sebulan lebih ini cuti yang penuh bermakna bersama keluarga serta orang yang tersayang. Isi masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri. Ambil peluang yang terbuka ini untuk mendalami ilmu-ilmu daripada cabang yang lain terutamanya ilmu agama. Pelajari ia supaya menjadi satu panduan yang kukuh untuk menjadi ‘driver’ yang penting di dalam hidup kita.

Elakkan daripada membuang masa kerana sesungguhnya setiap masa anda akan ditanya oleh Allah Taala tentang pengisiannya. InsyaAllah setiap pengisian yang bermanafaat akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T dan masa yang disiakan sudah pasti akan mendapat balasan azab dari Allah Taala.

Akhir kata penuhi masa anda dengan sebaik-baiknya agar menjadi muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat. WASSALAM

Oleh جمعية اللغة العربية



Sheikh Yusuf Esthes


National US Muslim Chaplain


http://www.islamtomorrow.com/


Yusuf Estes PhD. (born 1944), is an American convert to Islam and Chairman of "the Muslim Foundation International, an Islamic Promotional and Missionary Organization dedicated to spreading the message of al-Islam according to the Quraan and Sunnah. He was brought up in a Protestant Christian family; members of the Disciples of Christ. Estes was known then as "Skip Estes".

From 1962 until 1990, he had a varied career as a music minister, preacher, and the owner of Estes Piano and Organ Company. He lived in Texas and Florida. In 1991, Estes had business dealings with an Egyptian Muslim called Muhammad. He learned about the religion firsthand and converted to Islam the same year along with his wife, father, and step mother. He has since pursued Arabic Language and Quraanic Studies in Egypt, Morocco and Turkey.

Oleh جمعية اللغة العربية 11.19.2008

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Topik kali ini insya Allah kita akan membahas mengenai fi’il (kata kerja). Dalam bahasa Arab kata kerja dibahagi kepada 2 jenis, iaitu kata kerja sempurna--perfect tense (atau telah lepas – Past Tense), dan kata kerja belum sempurnya--imperfect tense (atau sedang dilakukan, atau akan dilakukan – Present Tense/Future Tense). Bagi yang sudah biasa berbahasa Inggeris, kenyataan ini cukup mengherankan. Bahasa Arab ternyata lebih sederhana!

Kata kerja sempurna, dan belum sempurna... Kalau dalam bahasa Melayu kita biasa berkata begini:”Muhammad membaca buku”. Apa yang terbayang dalam fikiran anda? Ya, anda akan tahu bahawa ada orang yang bernama Muhammad membaca buku? Kalau ditanya, ”Bila?”, ”Bila dia membaca buku?”. "Apakah sekarang dia sudah selesai membaca buku?". Di sini kita tidak mengetahui waktunya. Itulah kekurangan bahasa kita. Tidak ada indikasi bila sesuatu pekerjaan dilakukan. Adakah ia dilakukan semalam, hari ini atau esok.

Bagaimana dalam bahasa Arab? Dalam bahasa Arab maka suatu perkerjaan dibezakan dalam 2 domain waktu saja, iaitu telah dilakukan (telah selesai dilakukan, atau telah lewat), atau belum selesai dilakukan (sedang dilakukan, atau akan dilakukan).

Misalkan seperti ini:

محمد يَقْرَأُ الكِتَابَ Muhammadun yaqra-u al-kitaaba (Muhammad sedang membaca buku)


محمد قَرَأَ الكِتَابَ Muhammadun qara-a al-kitaaba (Muhammad telah membaca buku)


Daripada dua kalimat di atas, terdapat 2 isim (kata-benda) iaitu محمد dan الكِتَابُ .

Imbas kembali topik yang lalu mengenai kata benda spesifik (ma’rifah) dan belum spesifik (nakiroh). Kata buku (كِتَابٌ – kitaab) maka kerana ada ( al- الــ ) maka dia menjadi spesifik (ertinya orang yang mendengar kalimat itu dianggap sudah mengerti buku mana yang dimaksud). Jika ingin tahu lebih detail masalah ini lihat topik-topik yang lalu.

Isim yang kedua adalah محمد Muhammadun (atau kalau dalam bahasa lisan – Muhammad). Kerana ini nama orang, bukan nama jenis, maka ini termasuk spesifik. Ertinya pendengar (orang yang mendengar kalimat ini diucapkan), dianggap telah tahu Muhammad mana yang dimaksud (apakah Muhammad Rafli, Muhammad Hafizul, dll).

Kata yang ketiga yang kita temui dalam kalimat di atas adalah kata kerja : membaca. Ada 2 format yang kita temui iaitu:يَقْرَأُ --ya'ra-u dia sedang membaca قَرَأَ –-qa-ra-a dia telah membaca.

Pada topik kali ini kita telah mempelajari dua jenis kata kerja iaitu: kata kerja sedang, dan kata kerja telah (lihat contoh diatas).

Bagaimana kita membezakan bahawa suatu kata itu bersifat sedang (fi’il mudhori’) atau bersifat lampau (fi’il madhy)?Lihat contoh di atas baik-baik. Terlihat bahawa beza antara bentuk sedang dan telah hanyalah apakah ada tambahan kata di depan nya. Jelas?

Begini… Kata membaca قَرَأَ – qa-ra-a adalah asal kata dari membaca… Aduh apa lagi nih… apa maksud asal kata itu?Gini. Dalam bahasa Arab, kata itu punya asalnya (atau akarnya). Misal kata مُسْلِمٌ muslimun (1 orang pria muslim), asal kata nya أَسْلَمَ dan akar kata dari aslama adalah سَلَمَ – sa-la-ma. Sebagai maklumat awal (Insya Allah akan dibahas lebih detail), akar kata "asli" bahasa Arab, terdiri dari 3 huruf.
Akar kata ini menjadi indeks awal di kamus. Jadi kalau mencari kata muslim مُسْلِم jangan dicari di huruf م , tapi carilah di huruf س.

Kembali lagi, dalam bahasa arab, akar kata itu berbentuk kata kerja telah (fi’il madhy). Jadi asal kata membaca itu قَرَأَ – qa-ra-a kalau dicari di kamus dicari di huruf ق. Jangan mentang-mentang ketemu kata-kata يَقْرَأُ – yaq’ra’u (yang ertinya juga membaca), maka jangan cari di kamus pada huruf ي .

So, kesimpulannya apa? Kesimpulannya adalah: Kalau ingin menjadikan suatu kata kerja menjadi bentuk sedang maka tambahkan ي atau يـــ (ya) di depan kata kerja bentuk lampau (kata kerja telah).


Sebagai latihan mari kita lanjutkan surat Al-Baqorah ayat 3:





Perhatikan ada 4 kata kerja di atas, 3 merupakan bentuk sedang, 1 bentuk telah? Boleh anda teka? Yang bentuk sedang يؤمنون – yu’ minuu-na (lihat ada tambahan يــ diawal kata) – mereka sedang beriman يقيمون – yu qii-muu-na (lihat ada tambahan يــ diawal kata) – mereka sedang mendirikan (sholat)ينفقون – yun fi-quun (lihat ada tambahan يــ diawak kata) – mereka sedang berinfaqYang bentuk lampau رزقناهم -- asal nya adalah رزق – ro-za-qo (yang ertinya rezkikan) lalu mendapat akhiran نا (yang ertinya kami telah) dan هم (yang ertinya kepada mereka). Jadi Razaqnaahum artinya (yang kami telah rezekikan kepada mereka). Mengenai akhiran ini akan kita bahas pada topik berikut.

Rasa Bahasa / Makna Sedang

Kalau kita baca “sedang beriman”, “sedang mendirikan (sholat)”, “sedang berinfaq”, kurang sesuai dengan rasa bahasa Melayu.

Maka kembali ke hukum dasar, maka kata kerja bentuk sedang dalam bahasa Arab juga dapat diterjemahkan kebiasaan (atau pekerjaan yang rutin dilakukan).Maka kalimat di atas dapat diterjemahkan:Mereka terus beriman, dan mereka selalu mendirikan (sholat), dan mereka rajin berinfaq.

Demikian dulu topik ini kita akhiri. Insya Allah, pembahasan yang lebih dalam akan kita lanjutkan nanti.

Oleh جمعية اللغة العربية 11.17.2008

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Pada topik 1 kita telah menjelaskan jenis-jenis kata dalam bahasa Arab, iaitu: (1) isim--kata benda, (2) fi'il--kata kerja, dan (3) harf (atau huruf)--kata tugas. Topik 2 sampai 5 kita telah jelaskan jenis-jenis isim dan harf. Topik 6 agak melencong sedikit, menjelaskan masalah mudhof (kata majmuk).
Sekarang kita review ulang surat Al-Baqaroh 1-2:


Kitab itu, tidak ada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Kerana tujuan akhir kita adalah bagaimana dengan cepat kita boleh menerjemahkan (ingat bukan menafsirkan... kerana untuk menafsirkan perlu ada ilmu-ilmu lain), maka cara cepat menurut penulis adalah kemampuan memisahkan kata dalam kalimat. Perhatikan ayat 2 di atas, ada berapa penggalan kata? Kalau jawaban Anda 7 maka jawapannya salah. Jawapan yang betul adalah 9 kata iaitu:

ذلك.....الكتاب..... لا..... ريب...... في....... ـه...... هدى...... ل..... المتقين

Teknik selanjutnya adalah (ini menurut pendapat peribadi penulis asal) setelah mengetahui 9 kata tersebut kita mengetahui apakah dia termasuk isim, fi'il, atau harf. Why? Kerana kalau sudah punya "feeling" jenis-jenis kata tersebut, kita minimal bisa "nebak-nebak" ertinya.

Okeh... sekarang kita urai satu persatu. ذلك itu, الكتاب buku, لا tidak ada, ريب keraguan, في didalam, ـه nya, هدى petunjuk, ل bagi, المتقين orang-orang yang bertaqwa.

ذلك dzalika: itu --> isim isyaroh (kata benda tunjuk)

الكتاب al-kitaabu: buku --> isim alam ma'rifah (kata benda yang sudah spesifik)

لا laa: tidak ada --> harf (kata tugas), tugasnya adalah meniadakan secara makna kata setelahnya

ريب roiba: keraguan --> isim

في fii: didalam --> harf jar (kata tugas), tugasnya adalah menjadikan kata setelahnya tidak berakhiran un atau u, tetapi in atau i. Lihat topik 5.

ـه hi: nya --> isim dhomir (kata ganti orang)

هدى hudan: petunjuk --> isim

ل li: bagi --> harf jar (kata tugas). Lihat topik 5

المتقين al-muttaqien: orang-orang yang bertaqwa --> isim alam.

Setelah tahu pembahagian tersebut, jadi apalagi? Apa pentingnya mengetahui pembahagian isim, fi'il, harf? Kembali lagi kita kepada ayat 2 di atas, terdiri dari 9 kata. Adakah kata kerja (fi'il) di dalamnya? Tidak ada kan?

Ya, kalau tidak ada bererti kalimat tersebut adalah kalimat yang tidak ada kata kerjanya.
Contohnya:

Rumah dipuncak bukit itu indah rupawan, di atasnya ada pemandangan gunung yang menghijau.
Walaupun kalimat itu panjang, adakah bayangan "pekerjaan" dalam kalimat diatas? Bandingkan dengan ini.

Rumah di bawah lembah itu ditimpa runtuhan, dari batu yang menggelinding dengan cepat, menimpa lalu meremukkan rumah tersebut.

Dalam kalimat ini ada kata kerjanya iaitu: ditimpa, menggelinding dengan cepat, menimpa, meremukkan. Terbayang ada "Action" disini kan, ada sesuatu yang bergerak, bekerja. Itulah kata kerja (atau fi'il) dalam bahasa Arab.

Kembali lagi ke ayat 2 surat Al-Baqaroh diatas, kita tidak menemukan fi'il (atau kata kerja). Semuanya kata benda dan harf (kata tugas) saja.

Buku itu, tidak ada keraguan didalamnya, petunjuk bagi orang-orang bertakwa.

Kalimat ini semacam kalimat pemberitahuan, bahawa kitab itu (iaitu Al-quran) tidak ada keraguan sedikitpun di dalamnya, dan ia adalah petunjuk bagi orang-orang bertaqwa.

Perlu dilihat di sini kata-kata لا yang diikuti kata benda yang berbentuk nakiroh (umum) ريب : keraguan. Tugas Laa itu adalah meniadakan apapun jenis kata benda setelahnya (iaitu keraguan). Yang boleh diterjemahkan, tidak ada satu pun (sedikitpun) terhadap segala jenis keraguan, didalamnya.

Demikian dulu topik ini kita tutup... Insya Allah akan kita lanjutkan lagi...

Oleh جمعية اللغة العربية 11.11.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini