:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni


Majlis penyerahan watikah yang berakhir semalam mengesahkan senarai kabinet yang dibentuk sebelum ini meskipun mahasiswa mengharapkan berlaku rombakan untuk kerusi Majlis Tertinggi. Majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Bitarasiswa itu dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan Fakulti, pegawai-pegawai HEP dan semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Majlis bermula pada jam 8.45 malam dengan penyampaian watikah, bacaan ikrar,diikuti dengan ucapan dasar Yang Dipertua MPP dan Naib Canselor. Dalam ucapan dasar Naib Canselor, beliau menyentuh beberapa perkara berbangkit dalam pembentukan kabinet baru-baru ini termasuk tuntutan beberapa calon kerusi umum yang menang untuk mendapatkan kerusi MT.


Dengan membawa dokumen Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), beliau mengatakan bahawa tidak ada perbezaan bagi kerusi umum dan fakulti apabila telah berada dalam kabinet dan beliau turut membidas pihak yang menyamakan politik kampus dan politik luar yang melihat kepada kerusi fakulti sebagai kerusi DUN dan Umum sebagai Parlimen.


Dalam ucapannya juga, beliau menjelaskan bahagian yang berkaitan dengan peruntukan 2/3 majoriti undian bagi memilih pemegang jawatan dalam MPP dan mengatakan bahawa semua ahli mempunyai hak untuk jawatan-jawatan dalam MPP. Sepanjang ucapannya, beliau banyak merujuk kepada Timbalan Pendaftar Kanan HEP, Encik Faiezi Othman untuk mengesahkan beberapa fakta yang diucapkan. Majlis tamat kira-kira jam 11.00 malam.


Tahniah kepada semua Majlis Tertinggi dan barisan exco. Persatuan Bahasa Arab UPSI berharap barisan MPP yang baru ini akan dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pelajar dengan jujur dan ikhlas. Kotakan apa yang dikata. Kerana mulut badan binasa. Selamat maju jaya.


Sumber

Oleh جمعية اللغة العربية 11.09.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini