السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته
Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, Persatuan Bahasa Arab USPI telah berjaya mengadakan rehlah pada 12 April 2008 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan bertemakan “Akal yang sihat datang dari badan yang cergas. Biarpun penyertaan tidak mencapai sasaran atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, namun semangat ahli persatuan dan juga pelaksana program yang tinggi dan dengan izin Allah swt, semua pengisian yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.
Pelbagai pengisian telah diadakan seperti riadah ringkas, Ukhwah fil jama’ih, sukaneka, explore race sambil menikmati keindahan kawasan tasik
Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli dan AJK persatuan di samping untuk mengurangkan tekanan memandangkan program ini dijalankan setelah 14 minggu kuliah berlalu dan insyaAllah, selepas ini kita bakal berdepan dengan satu lagi ujian Allah swt iaitu imtihan. Jadi diharapkan agar program sebegini menjadi program berterusan untuk persatuan. Akhirul kalam…kepada para pejuang imtihan, ma’a taufik wannajah fil imtihan.
“Akal yang sihat datang dari badan yang cergas”