Pada 15 Mac 2008 yang lalu, Persatuan Bahasa Arab (PBA) UPSI telah menganjurkan program di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab universiti tersebut. Program yang bertemakan 'Ziarah Mahabbah Pemangkin Fikrah' ini disertai seramai 39 ahli persatuan yang terdiri daripada 14 orang ahli jawatankuasa dan 25 orang ahli biasa.
Program ini yang julung-julung kali diadakan di luar UPSI sejak penubuhan persatuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli persatuan dan juga dengan ahli Persatuan Bahasa Arab UIA. Di samping itu, program ini juga untuk mendedahkan ahli PBA UPSI bagaimana PBA UIA menyusun atur organisasinya.
Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak UIA. Bersambung...
Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan:






