:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

Assalamualaikum wbt...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah habis peperiksaan bagi yang sudah habis dan kepada yang belum habis masih ada masa lagi untuk belajar. Pembelajaran tidak pernah terhenti kerana masih ada banyak yang perlu kita pelajari setiap hari dan setiap masa.


Kebanyakan pelajar selepas habis peperiksaan mereka selalu menyebut "Merdeka Merdeka Merdeka" dan akan qada' balik apa yang tak dapat mereka lakukan ketika musim peperiksaan. Ingatlah sahabat-sahabat semua, tanamkan dalam diri kita jangan hanya study untuk peperiksaan dunia sahaja. Mungkin ada di antara kita ingat bahawa dengan hanya menguasai pelajaran di universiti sudah cukup untuk menjamin masa depan. Bagaimana pula ilmu kita tentang agama Islam? Adakah sudah cukup kita study untuk 'peperiksaan' di 'sana' nanti?

Di sini saya menyeru sahabat-sahabat sekalian, carilah pelbagai ilmu dan jangan lupa juga untuk mencari ilmu berkenaan Islam. Kita mampu meluangkan banyak masa untuk belajar subjek fizik, kimia, biologi, matematik, pedagogi, tsp, bimbingan dan kaunseling, pengantar etika dan pelbagai lagi tetapi adakah kita juga mampu untuk meluangkan masa mengkaji Al-Quran, Hadis, kitab-kitab agama lain-lain buku ilmiah?

Dengan teknologi yang serba canggih pada masa kini, semua ini adalah tidak mustahil. 'Man jadda wajada'. Ingat ayat Allah dalam surah Al-'Asr:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

Sekian sahaja coretan di penjuru hari. Akhir kalam, carilah ilmu yang menguntung di dunia dan di akhirat.

p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat

Oleh جمعية اللغة العربية 5.06.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini