INBAR adalah satu program yang telah dirangka oleh Persatuan Bahasa Arab melalui Lujnah Pendidikan
dan Latihan, INBAR adalah singkatan kepada Intensif Bahasa Arab iaitu mediumnya adalah Kelas Asas untuk memberikan pendedahan dan pengajian berasaskan konsep belajar bahasa Arab sampai faham. Sepanjang 2012 ini, INBAR akan diadakan sebanyak 2 kali sebulan manakala tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada mantan siswa/wi bidang bahasa Arab yang telah menamatkan pengajian dan siswa/wi yang masih meneruskan pengajian dalam bidang yang sama. Moga kelas asas yang dirancang ini dapat memberi manfaat besar kepada warga UPSI khasnya ahli-ahli PBA yang berdaftar.Tempat dan tarikh untuk kelas pengajian seterusnya akan dimaklumkan melalui Facebook PERSATUAN BAHASA ARAB UPSI dan blog pba-UPSI.blogspot.com.
Teruskan bersama PBA UPSI ...HAYYA TAKKALAM BILLUGHATUL ARABIAH!!!