Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat pinjaman nyawa oleh Rabbul Jalil
Untuk meneruskan kehidupan dan melaksanakan tuntutan kita terhadap NYA sebagai hamba yang masih mencari bekalan sempurna yang telah ditawarkan oleh Allah swt kepada seluruh hambaNYA dalam alam fana dunia ini untuk dibawa ke alam kekal kelak. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan salam maulidur Rasul kepada semua warga ahli Persatuan Bahasa Arab dan warga sidang pembaca Buletin serta Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris 2011/2012 yang telah disambut pada 05 Februari 2012 Masehi bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1433 Hijri, semoga sama-samalah kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad saw sedari kelahiran baginda sehinggalah bertemu Pencinta yang Agung Allah Rabbuna…
Meskipun jarak kita terlalu jauh untuk menemui baginda, tetapi kasih kita terhadap baginda semstinya menebal dan wajib dibuktikan dengan mengikuti sunnah Rasulullah saw samada dalam soal harian kita , ekonomi, organisasi dan masyarakat. Penghayatan terhadap perjuangan Nabi Muhammad saw cukup besar ertinya jika kita sama-sama mampu dan benar-benar mengingati perjuangan baginda. Seperti alam kampus yang kita tempuhi ketika ini, perlu digunakan sebaiknya untuk berjuang mendapatkan ilmu dan mudah-mudahan ilmu yang kita miliki dapat mendekatkan lagi dengan Allah swt. Kita mesti ingat bahawa ilmu yang dibawa itu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsi bersama golongan yang tidak tahu apatah lagi ilmu yang dimiliki itu mesti diamalkan selaras dengan apa yang kita belajar dan hafal seperti pepatah arab mengatakan ‘seumpama pokok yang tidak berbuah’ yang menunjukkan bahawa jika ilmu itu dimiliki walau sehebat Profesor sekalipun jika ianya tidak diamalkan dan tidak dapat disumbangkan kepada masyarakat sekeliling, tiada manfaatnya untuk kita kelak. Analogi arab menggunakan sebatang pokok untuk menggambarkan bahawa sifat yang ada pokok itu boleh segar, subur dan membesar ataupun mungkin juga boleh layu, bantut dan renek adalah kerana sifat itu boleh dibentuk,diasuh,dicambah,disiram mahupun dijaga dengan baik samalah dengan tabiat sifat manusia..
Pendek kata selagi Ilmu itu kita miliki maka pegangilah dan amalkanlah selagi ianya bertepatan dengan syariat dan jauh sekali menyimpang dari yang hak. Begitu juga dengan penerbitan julung kali Buletin Persatuan Bahasa Arab UPSI pada sesi II 2011/2012, sekurang-kurangnya dapat menyebarkan ilmu-ilmu yang berguna bukan sahaja Bahasa Arab bahkan ilmu yang lain. Sejajar dengan objektif utama buletin ini diterbitkan untuk membantu ahli-ahli persatuan mahupun mahasiswa/wi UPSI mendapatkan informasi program persatuan dan ilmu sampingan yang lain, ianya juga dapat menggalakkan budaya ‘Qiraah’dan ‘Nashaat’ dalam berorganisasi. Tahniah kepada sidang penerbitan LISAN ARABI dalam mewujudkan risalah yang bermanfaat untuk semua, diharap antum semua gigih dan bersemangat dalam menggerakkan dan menjanakan organisasi. Semoga buletin yang diterbitkan ini dapat membantu sidang pembaca mempelajari bahasa arab dengan mudah disamping mempelajari ilmu-ilmu yang lain…Insyallah..
Akhir kalam, saya akhiri dengan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KASIRA
Sekian terima kasih, Wslm..
NIK MOHD SYAZWAN BIN NIK MAT DAUD