:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

TARIKH kedatangan bahasa Arab ke kepulauan Melayu secara umum dan ke Malaysia secara khusus masih belum dapat dipastikan dengan tepat. Walau bagaimanapun, oleh kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber perundangan Islam, tarikh kedatangannya tidaklah sukar ditentukan jika ia dihubungkaitkan dengan tarikh kedatangan Islam.




Kedatangan Islam bermakna kedatangan bahasa Arab kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam tidak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai perantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti sekarang.

Sebenarnya berbagai teori kedatangan Islam ke alam Melayu telah dikemukakan dan dibincangkan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara teori tersebut adalah berkaitan dengan tarikh, daerah dan faktor kedatangannya.

Secara umumnya terdapat tiga teori utama tentang bagaimana cara kedatangan Islam dan tarikhnya iaitu sama ada melalui pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina.

Fatimi S.Q. berpendapat kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.

Hamka pula menyatakan bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengandaikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan wujud hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon.

Sacad Syukri pada tahun 1971 berpendapat bahawa Islam telah bertapak di kepulauan Melayu sebelum tahun 1188 yang bersamaan tahun 577 Hijrah. Ini berikutan penemuan wang siling dalam bentuk tulisan al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan pada tahun tersebut yang menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah wujud di bawah kepimpinan al-Mutawakkil.

Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah dikatakan telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu pada tahun 674.

Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah Melayu diperintah oleh raja yang adil. Walau bagaimanapun rombongan perdagangan Arab telah datang ke Tanah Melayu dan membuat hubungan dengan orang Melayu pada kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya hubungan perniagaan orang Arab dengan orang China dan orang India. Sehubungan itu terdapat kemungkinan bahawa perkataan 'Melaka' adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Mulq?' atau 'Multaq?' yang bermakna tempat pertemuan.

Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.

Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di China dan laporan pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut ialah D.G. Hall yang mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.

Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu, sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-14 atau lebih awal daripada itu.

Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).

Berdasarkan perbincangan di atas, perbezaan pendapat hanyalah berkisar tentang tarikh, daerah dan faktor kedatangan Islam. Suatu hal yang pasti ialah kedatangan Islam ke kepulauan Melayu bermakna kedatangan bahasa Arab ke kepulauan Melayu dan penerimaan Islam oleh orang Melayu bermakna penerimaan istilah-istilah bahasa Arab telah diterima pakai oleh orang Melayu.

Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya mudah menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu kita berasa yakin untuk menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.

Secara teorinya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah diterima, diguna pakai dan dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman maka sudah tentu masyarakat Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.


Sumber

Oleh جمعية اللغة العربية 7.10.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini