:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Himpunan Perintis Persatuan Bahasa Arab (HIPPBAR) merupakan program luar yang pertama diadakan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI, setelah hampir dua semester ia ditubuhkan. Program HIPPBAR, yang bertemakan ‘Majulah Syabab Mustaqbal Untuk Agama’ telah diadakan di Pusat Latihan Sri Raudhah, Gombak, Selangor selama tiga hari dua malam, iaitu bermula pada Jumaat (22 Ogos 2008) dan berakhir pada Ahad (24 Ogos 2008). Pada mulanya program ini disertai seramai hampir 70 orang peserta namun demikian ramai peserta yang membatalkan penyertaan mereka pada saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, jumlah akhir peserta dan juga urusetia yang mengikuti program ini adalah seramai 47 orang.



Sepanjang tiga hari program ini diadakan, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Sejajar dengan objektif utama program ini iaitu menambah pengetahuan Bahasa Arab kepada para peserta, menanam semangat cintakan Bahasa Arab dan juga memberi ruang kepada ahli untuk mengaplikasikan Bahasa Arab, aktiviti-aktiviti yang diadakan banyak berfokuskan kepada objektif-objektif ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Bengkel nahu dan sorof, lakonan hiwar dan juga tafsir ayat al-Quran. Mengikut perancangan asal, semua bengkel akan kendalikan oleh Ustaz Khairul Azman iaitu Penasihat Persatuan tetapi terpaksa ditukar pada saat-saat akhir kerana beberapa masalah teknikal dan diganti oleh Saudara Adil Mufti iaitu Presiden Persatuan Bahasa Arab UIA.

Sebenarnya, bengkel-bengkel yang diadakan di sini ialah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan di Upsi, cuma kelebihan yang dapat dilihat di sini ialah para peserta dapat belajar dalam suasana yang berbeza, segar dan lebih santai. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta iaitu Black & Hunts dan juga Hikmah Kembara. Hikmah Kembara boleh dikatakan aktiviti yang paling mencabar kerana para peserta dikehendaki menempuhi pelbagai halangan sebelum sampai ke satu kawasan air terjun yang indah.

Memandangkan HIPPBAR merupakan program luar yang pertama diadakan oleh PBA, maka banyak kelemahan dan kelebihan yang dapat dikongsi bersama oleh semua peserta. Namun demikian, semua pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini akan dijadikan panduan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, HIPPBAR merupakan satu program yang berjaya. Akhir sekali, pihak PBA memohon maaf kepada semua peserta yang terlibat jika ada kekurangan dan kelemahan di pihak kami dan semoga sama-sama kita membaikinya untuk kebaikan masa hadapan.

Wallahu a'lam...





Oleh جمعية اللغة العربية 9.07.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini