السلام عليكم ورحمة وبركاته
Beberapa masa yang lalu, ketika saya melayari internet saya terjumpa satu blog. Penulis blog itu berasal Indonesia. Kandungan blog itu menjurus kepada pembelajaran Bahasa Arab melalui AL-Quran. Lalu saya pun menghantar emel kepada pemilik blog tersebut (akhi Rafdian Rasyid) untuk meminta izin beliau untuk berkongsi ilmu tentang Bahasa Arab dalam blog beliau. Alhamdulillah beliau mengizinkannya.
InsyaAllah saya akan ‘publish’ setiap topik dalam blog itu untuk pembelajaran bersama. Isi-isi dalam blog itu telah di’edit’ ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman kita bersama. InsyaAllah…Segala masalah/ komen/ cadangan/ penilaian/ pemberitahuan dan sewaktu dengannya boleh di’post’kan di ruangan komen. Di sini saya sangat-sangat mengharapkan semua daripada kita mengambil bahagian. InsyaAllah semoga dengan usaha kita yang tidak seberapa ini untuk mempelajari dan memartabatkan Bahasa Arab mendapat balasan di sisi Azza Wajalla.
Tidak lupa juga kepada pemilik asal bahan ini iaitu akhi Rafdian Rasyid semoga Allah sahaja yang membalasnya. Ameen…