:: MAJLIS TERTINGGI SESI 2011/2012 ::

PENASIHAT 1 (مشرف الكبير)
Ustaz Muhammad Anas B. Al Muhsin

PENASIHAT 2 (مناسق المشرف)
Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah

PRESIDEN (الرئيس)

Nik Mohd Syazwan B. Nik Mat Daud

TIMBALAN PRESIDEN (نائب الرئيس)

Saiful Islam B. Mamat

NAIB PRESIDEN (مساعدة الرئيس)
Siti Noraini Bt. Mohd Sukerna

SETIAUSAHA (الأمينة)

Noor 'Adilah Bt. Mat Junoh

TIMBALAN SETIAUSAHA 1 (نائب الأمينة)
Muhammad Zulhilmi B. Mat Saad

TIMBALAN SETIAUSAHA 2 (نائبة الأمينة)
Nor Affidah Bt. Japnar

BENDAHARI (
أمينة الصدوق)
Norafidah Bt. Gordani

TIMBALAN BENDAHARI (
نائبة لأمينة الصندوق)
Siti Nur Aqilah Bt. Rosni

السلام عليكم ورحمة وبركاته
Pada topik 2, kita telah menjelaskan apa bezanya kitaabun (buku) dengan al-kitaabu (buku), iaitu perbezaannya terletak pada telah jelas atau belum jelasnya benda yang dibicarakan oleh si pendengar. Di sini ada satu persoalan iaitu adakah yang akhirannya tun tun itu pasti jenis perempuan? Kita akan bincangkan…

Jawapannya ‘Ya’ jika posisinya sebagai mubtada’ atau fail. Mubtada’ dan fa’il akan dibahaskan pada topik-topik akan datang. Contoh: شجرة syajaratun (pohon), kata ini berjenis perempuan. Lalu kita boleh katakan ianya berjenis perempuan kerana akhirannya tun. Seperti syajaratun, bintun (gadis perempuan) dsb. Tapi bagaimana kalau ditulis begini شجرة syajaratin, atau syajaratan?

Ok شجرة kalau pakai harokat akan ditulis, syajaratun, syajaratan, syajaratin, syajaratu, syajarata, dan syajarati, dan kalau dalam bahasa percakapan ta marbutoh nya dimatikan/ diwaqofkan (menjadi bunyi h), sehingga diucapkan menjadi syajarah. Bererti ada 7 kemungkinan bacaan.
Dimana yang berakhiran tun merupakan salah satunya. Lalu yang mana yang berjenis perempuan? Jawapannya ke 7 jenis bacaan itu, tidak mempengaruhi status شجرة sebagai kata benda berjenis perempuan. Apakah dibaca syajaratun, syajaratu, syajaratan, syajarata, syajaratin, syajarati waima syajarah.
Apa bezanya antara syajaratun dengan syajaratu? Jawapan singkatnya, jika ada AL (الــ) misal الشجرة maka huruf n dibuang. Jadi الشجرة hanya boleh dibaca as-syajaratu, as-syajarata, as-syajarati, atau as-syajarah. Begitulah hukum atau aturan-aturan dalam bahasa Arab, yang hanya orang Arablah yang berhak membuat aturan-aturan itu.
Pertanyaan kedua: kalau begitu, apa bezanya antara antara as-syajaratu dengan as-syajarata? Jawaban ringkasnya adalah melihat kepada posisi yang ditempati oleh kata tersebut. Apakah dia sebagai subjek atau sebagai objek. Jika dia sebagai subjek, maka dia dibaca as-syajaratu, jika sebagai objek maka dibaca as-syajarata.
Jelas? Belum lagi?
Ok contohnya:
Pohon ini besar. هذه الشجرة كبيرة (hadzihi as-syajaratu kabiiratun)
Saya (telah) melihat (sebuah) pohon. رأيت الشجرة (ro-ai-tu as-syajarata)
Pohon dalam kalimat pertama berfungsi sebagai subjek, maka dia dibaca as-syajaratu, sedangkan Pohon dalam kalimat dua berfungsi sebagai object maka dia dibaca as-syajarata.
Setakat ini dahulu untuk topik ini. Sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan dan dilontarkan melalui ruangan komentar.
Syukron katsir.

Oleh جمعية اللغة العربية 10.16.2008

Subscribe here

Program Terkini

Program Terkini